Tuesday, August 2, 2011

Kak Wan menghilang ???

 

Dalam senarai yang difailkan Anwar bagi saksi alibinya dalam kes meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak tersenaraipun nama Datin Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam tempoh dua minggu Anwar memfailkan dua senarai nama-nama individu yang akan menjadi saksi alibinya, termasuk dua orang amah warga Indonesia.

Pada 26 Julai lalu, Anwar menyenaraikan Perdana Menteri DS Najib dan isterinya Datin Rosmah Mansor untuk ditemu bual sebelum penyambungan pembelaan Anwar pada 8 Ogos ini.

Pada tahun 2008, sebelum Anwar didakwa di mahkamah- Wan Azizah pernah berkata bahawa pada tarikh dimana Anwar dituduh meliwat pembantu khasnya itu, Anwar tengah bermesyuarat di Pejabat PKR, Tropicana, Kuala Lumpur.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. -

No comments:

Post a Comment