AdSense

Tuesday, June 28, 2011

Kenyataan Terbaru Polis Mengenai Tangkapan P.S.M



Polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) setelah dilihat cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini,kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.Beliau berkata polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk mengambil kira bahan bukti yang dirampas daripada 31 aktivis PSM yang ditahan polis baru-baru ini.

"Banyak persediaan yang mereka (aktivis) sudah lakukan seperti mengedarkan risalah dan memakai baju T yang berunsurkan fahaman itu bagi tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.Polis akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan mereka menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 122,Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Bernama Melaporkan Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga “Ops Lusuh” bersama Celcom Axiata Berhad Petang Tadi,yang bertujuan mengenal pasti tindakan untuk membanteras vandalisme.Mohd Bakri berkata siasatan itu juga dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terpelihara.

"Tindakan yang dilakukan aktivis ini boleh mengkucar-kacirkan negara...kita akan pastikan bahawa kes ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat,” katanya.

Pada Sabtu lepas,polis menahan 31 orang aktivis PSM termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj di plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang.Kumpulan berkenaan,yang menaiki sebuah bas persiaran, dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.Kempen mereka ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lepas.

3 comments:

  1. Jgn hanya al maunah shj di hukum gantung...kerna pemberontakkan dulu...puak2 ini pun perlu di gantung jika terbukti....terutama nya YB yg terlibat itu...kerana terdapat niat untuk menentang Yg DiPertuan Agong...

    ReplyDelete