AdSense

Friday, July 1, 2011

Terikat???


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar sangat berharap Ambiga tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Ambiga yang kononnya bergerak atas nama NGO, tetapi disebaliknya kelihatan wajah Anwar Ibrahim dan DAP serta PAS sebagai kambing hitam.

Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan bahawa tuntutan Bersih 2.0 adalah tidak munasabah yang mana setiap tuntutan tersebut telah beliau jawab di "Lounch Talk : Tuntutan Bersih- Apa penjelasan SPR" di ibukota, semalam.


Beliau mewakili SPR yang disifatkan atas pagar dengan hati terbuka untuk memberi peluang kepada Ambiga untuk berunding serta mengkaji semula niat mereka untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

Jadi semua tuntutan Bersih 2.0 ini adalah tidak berasas dan hanya permainan politik semata-mata. Jika Bersih terdahulu dapat dijalankan tanpa sebarang halangan, kini tidak lagi. Gerak Aman yang mewakili Perkasa dan Patriot yang digerakkan Pemuda UMNO, menjadi benteng dan penghalang Bersih 2.0. Itu mungkin tidak dijangka oleh Ambiga dan sekutunya. Dengan laporan polis yang mencecah 1500 dibuat, menambahkan lagi kegelisahan Ambiga dan pengkhianat negara yang lain-lain itu. Dan mereka dengan EGO, masih berlagak dan ingin meneruskan perhimpunan haram itu. Segala gerak-geri Ambiga dan sekutu diperhatikan rakyat. Orang lain sedang sibuk memajukan negara, Ambiga dan sekutu berhempas pulas mencetuskan huru-hara!


Pengikut-Pengikut PAS masih khayal : Take Beer?

No comments:

Post a Comment