AdSense

Friday, April 1, 2011

PAS marah Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim dikatakan punca perpecahan belah dalam parti-parti pakatan terutamanya PAS. Ini diakui sendiri oleh kepimpinan dalam parti tersebut. Majoriti penyokong PAS menyokong Nasrudin Hassan dan bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu dalam kenyataan menuntut siasatan rapi dilakukan (video seks Anwar Ibrahim)

Satu pihak dalam PAS yang mana mereka sendiri musyil dengan segelintir pemimpin dalam parti PAS tidak setuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat berkaitan video seks Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Dan ada suara dalam parti PAS yang meningatkan bahawa mana-mana pemimpin yang bermatian-matian mempertahankan Anwar Ibrahim akan pasti gagal dan jatuh pada muktamar kelak. Tambahan lebih ramai penyokong PAS yang percaya penglibatan Anwar Ibrahim dalam isu video seks terbabit berbanding yang percaya Anwar difitnah.

SL : Alhamdulillah. Mudah-mudahan lebih ramai lagi pemimpin dan penyokong dalam pakatan pembangkang yang celik mata dan celik hati. Tiada cara lagi mahu menegakkan benang yang telah pun basah.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda "berkatalah benar walaupun ianya pahit"

2 comments: