AdSense

Thursday, March 31, 2011

Khas buat Ahli-Ahli Pakatan Pembangkang


Inilah pengkhianat negara. Si pembuat kucar-kacir dalam negara. Suka menuding jari kepada orang lain walhal sendiri punya salah dan masalah. Manusia politik seperti ini tidak diperlukan di Malaysia. Malaysia tak perlukan pihak pembangkang seperti orang ini. Sebagai pembangkang yang bertolenrasi dalam membangunkan sesebuah negara, seseorang itu perlulah berfikiran terbuka dan boleh bersikap jujur (contoh : kes liwat dan seks Ketua Pembangkang). BUKANNYA dengan suka memburukkan negara sendiri. Membuat fitnah kotor semata-mata permainan politik. Tidak dinafi setiap negara perlu ada pihak pembangkang. Pembangkang yang sama-sama membangunkan sesebuah negara. TETAPI BUKAN PENGHANCUR NEGARA SEPERTI INI. Fitnah sana sini dan pabila sesuatu masalah terkena batang hidung sendiri, menuding jari ke pihak lain pula.

Penyokong taksub PR; Kenapa pertikaikan kerja-kerja pihak berkuasa dalam menjalankan tugas mereka? Dalam video ceramah DSAI di Melawati baru-baru ini kelihatan penyokong mereka menggelar pihak berkuasa sebagai 'anjing'? Sedarkah bahawa pihak berkuasalah yang menjaga keamanan sesebuah negara. Bukan saeperi PR yang suka menhuru-harakan negara ! Jika lelaki didalam video yang memaki sambil menunjuk isyarat lucah itu menghadapi masalah contoh anaknya kena rogol, rumahnya dimasuki penyamun, isterinya ditangkap khalwat, apa akan dia lakukan? fikiran waras sudah pasti akan membuat laporan POLIS dan minta POLIS siasat serta tangkap penjenayah terlibat. SIAPA? POLIS. Andaikan pula isterinya menuntut fasakh, dengan siapa dia berurusan jika bukan MAHKAMAH. Kalian Ahli PKR PAS dan DAP ini menjadi orang yang tidak mengenang budi hanyalah disebabkan pemimpin mereka sendiri. Kalian terlalu taksub sehingga mencemarkan jati diri sendiri.


Pihak berkuasa kalian hantam.
Pihak kehakiman kalian hantam.
Pihak yang secara jujur tidak terlibat dalam politik pun kalian hentam.

SL secara peribadi tidak salahkan kalian kerana ini semua kerana kalian terlalu taksub pada pemimpin kalian itu. Berbaloikah dengan ketaksuban kalian berbanding erti keharmonian sebuah negara?

Mereka mahu memerintah negara tetapi tidak tahu caranya.
Lihatlah di kawasan-kawasan ADUN/PARLIMEN yang mereka kuasai.
Apa yang dicapai selain huru-hara dalam parti/penduduk di penempatan mereka
Tambahan mereka PKR bersama PAS dan DAP yang terang-terang berbeza pendapat yang mana sebelah pihak mahukan negara ISLAM (sekarang ini pun negara-negara Komanwel/dunia sudah iktiraf Malaysia negara ISLAM) dan sebelah pihak lagi mahukan pemerintahan liberal Malaysian Malaysia (sistem yang tidak boleh dipraktikan di sebuah negara yang berbilang kaum dan jika dilaksanakan juga rusuhan kaum pasti berlaku)

Jadi untuk apa mereka menjadi pembangkang dalam negara ini?
Mungkin kerana untuk kepentingan diri sendiri sahaja dan bukan nya untuk negara seperti mana jika kita lihat kerjasama antara UMNO MCA dan MIC dalam bekerja untuk membangunkan negara.

Dari barat :
Salah seaorang pemimpin pembangkang yang kalah pada pilihanraya di'boo' oleh penyokong sendiri kerana hanya ungkapan "Tahniah kepada parti yang menang"
Lantas dijawab " Tidak perlu kritik jika mahu keamanan, negara ini perlukan satu orang pemimpin sahaja"

JELAS, pihakk pembangkang yang ada di Malaysia ini hanyalah semata mata untuk kepentingan diri sendiri.
Kepada penyokong tegar pembangkang, fikirlah secara waras dan akal yang berfungsi. Lihatlah apa kemajuan dan keharmonian yang dibawa oleh Barisan Nasional dan lihatlah kejadian huru hara yang dicetuskan DAP PKR dan PAS. Jika anda tidak suka pada negara yang aman dan harmoni, fikirkanlah untuk anak cucu anda. Jangan mereka cerca dan hina golongan sebelum mereka yakni ANDA!

SL: tidak mahu negara kucar kacir seperti mana negara yang sedang bergolak sekarang. Anak menangis mencari ibu. Rumah dibom. Kuasa asing campur tangan. Suara rakyat Malaysia MELAYU CINA INDIA DAYAK KADAZAN IBAN dan lain lain tenggelam dan yang kedengaran,  SUARA BARAT!

No comments:

Post a Comment