Zaman kemuncak dan kegemilangan DAP hanya berlaku semasa ia dipimpin oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Jika zaman Lim Kit Siang dipenuhi dengan jalan berliku dan penuh cabaran, zaman Lim Guan Eng pula bermula dengan detik kemanisan.
Sejak Lim Guan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, parti DAP semakin kuat dan kukuh, bukan sahaja di sebelah utara, tetapi juga di seluruh negara.
Kejayaan Lim Guan Eng meneruskan legasi perjuangan Lim Kit Siang selaku tokoh utama DAP, membuatkan masyarakat Cina khususnya, yakin dengan cara Guan Eng memacu perjuangan DAP.
Hari demi hari, tampuk kuasa beralih kepada Anthony Loke, pemimpin dari Negeri Sembilan.
Pada mulanya ramai mengharapkan legasi Lim Guan Eng dari utara menjadi nahkoda kapal DAP.
Tetapi telah dipersetujui, kepimpinan tertinggi (CEC) DAP mengangkat Loke sebagai Setiausaha Agung DAP, jawatan nombor 1 parti tersebut.
Loke hadir disaat DAP sedang dan cukup kuat. PRU14 pada tahun 2014, BN berjaya ditumbangkan PH menerusi kerjasama Bersatu, PKR, DAP, Amanah. Ia diteruskan pada PRU15 pada tahun 2022. Jelas dan sering disebut 95% pengundi Cina mengundi PH atau lebih tepat, mengundi DAP.
Namun, sokongan itu semakin berkurang. DAP menerima tamparan hebat daripada rakyat khususnya masyarakat Cina. Ramai yang merasakan DAP dengan kelebihan 5 Menteri dan 7 jawatan Timbalan Menteri, serta 40 Ahli Parlimen tidak mampu bekerja dengan baik. Sebaliknya, MCA dengan hanya 2 kerusi (Parlimen Ayer Hitam dan Tanjung Piai) pula dilihat lebih perform, lebih memperjuangkan isu rakyat.
Kuasa yang DAP miliki tidak digunakan dengan baik, bahkan ada dikalangan pengundi mereka sendiri rasa tertipu dengan janji-janji manis yang pernah ditabur DAP sebelum mereka berkuasa. Harapan pengundi adalah ekonomi bertambah baik dan maju. Tetapi apa yang rakyat dapat adalah SST8% dan pelbagai cukai serta pelaksanaan e-invois yang menambah beban rakyat.
Rasa kecewa pengundi Cina tidak hanya berlegar di kopitiam, salon rambut dan di meja mahjong. Rasa kecewa mereka dizahirkan dengan 'hadiah telur' pada PRN Sabah. Daripada 8 kerusi yang DAP bertanding, mereka kalah semua. Kosong. Zero. Telur. Ia kemudian berjangkit di PRN Johor, daripada 17 DAP bertanding mereka hanya menang 6. Lebih dahsyat di PRN Negeri Sembilan, mereka tanding 11 menang 9. Tamparan hebat dan hina buat Anthony Loke apabila kerusinya di Chennah berjaya dirampas oleh anak muda BN-MCA.
Ini jelas bahawa pengundi sedang menghukum DAP dan apa yang paling ketara ialah penyokong DAP sendiri sedang menghukum Anthony Loke selaku orang nombor 1 DAP.
Keadaan ini memaksa DAP sebelah utara mengorak langkah membetulkan kerosakan DAP dibawah pentadbiran Anthony Loke.
Di Pulau Pinang dapat dilihat Lim Guan Eng tidak sehaluan dengan Chow Kon Yeow. Jangan dilupa pada keluarga Nga - Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham di Perak yang juga mungkin sedang menyusun langkah masing-masing. Sudah terang lagi bersuluh, kemungkinan besar gergasi DAP iaitu Dinasti Lim dan Keluarga Nga sedang merangka sesuatu atas tiket "selamatkan DAP daripada terus rebah dan bangsat di bawah Anthony Loke".

No comments:
Post a Comment