AdSense

Wednesday, May 13, 2026

KETUA MENTERI BUKAN ISLAM ARAH TUTUP 717 KEDAI ARAK

 



Ramai yang puji dan bangga bila C. Joseph Vijay atau Vijay Thalapathy menang pilihan raya.


Beliau kemudiannya angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu, dan antara perkara pertama dia buat ialah arah penutupan 717 buah kedai arak di seluruh Tamil Nadu.


Kenapa 717?




Ini kerana kesemua 717 ini berada di lokasi yang terlalu dekat dengan tempat ibadat, sekolah, kolej dan stesen bas. Arahan itu melibatkan premis dalam jarak 500 meter daripada kawasan sensitif tersebut dan perlu dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.


Ramai yang terkejut, kerana Vijay bukan orang Islam tetapi berani mengambil langkah sedemikian demi menjaga masyarakat kususnya di Tamil Nadu yang mempunyai populasi seramai 72,147,030 orang setakat 2011.


Mengikut pecahan agama di sana;


Hindu : 87.58%

Kristian : 6.12%

Islam : 5.86%


*Adakah apa yang dilakukan Vijay ini akan menjentik hati pemimpin Islam?


Sumber Rakan Media

No comments:

Post a Comment