AdSense

Wednesday, May 14, 2025

"ICAO dan United Nations pun walaun ke?" - Penganalisis


Beginilah rupa bila “strategi luar negara Madani” lebih sibuk jaga hati Putin daripada bela 43 rakyat Malaysia yang terkorban termasuk 15 orang kru Malaysia Airlines dan seorang ahli keluarga kepada Najib dan Hishammuddin sendiri.


Setiausaha politik Anwar, Kamil Abdul Munim, cuba berputar-putar dengan berkata keputusan ICAO terhadap Rusia jangan dipolitikkan dan kononnya dikeluarkan dengan niat jahat kerana “timing”nya kebetulan sehari sebelum lawatan rasmi Anwar ke Rusia.


Serius?


Lawatan rasmi PMX itu besar sangat dan penting sangat dalam konteks dunia sehingga United Nations mahu sabotaj dengan timing keluaran laporan ke?


Sejak bila keadilan untuk 298 nyawa, termasuk 43 rakyat Malaysia dan kru yang semuanya warga kita, boleh dianggap mainan politk kuasa besar?


ICAO dan United Nations pun walaun ke?


Bila negara lain seperti Belanda (193 mangsa) dan Australia (27 mangsa) lantang tuntut pampasan dan keadilan berdasarkan keputusan badan dunia - ICAO pula yang merupakan sebahagian United Nations, bukan NGO entah dari mana - Malaysia (43 mangsa) pula sibuk jaga sensitiviti Kremlin.


Kamil siap kata, jangan “membantu menghalakan peluru musuh ke arah kita.”


Tapi dia lupa, peluru sebenar yang ditembak jatuh tu bukan metafora - ia roket BUK Rusia yang menamatkan nyawa 80 orang kanak-kanak, ahli keluarga, saintis, aktivis, dan kru penerbangan kita sendiri.


Dan ya, antara mangsa ialah nenek tiri kepada Najib Razak dan Hishammuddin Hussein - yang juga merupakan ibu tiri kepada dua bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Razak dan Tun Hussein Onn.


Jadi ini bukan sekadar statistik. Ini tragedi sebenar yang menyentuh darah daging pemimpin negara.


Tapi hari ini, kerajaan lebih takut merosakkan peluang bergambar mesra dengan Putin berbanding perjuangkan hak mangsa kita dan maruah negara.


Kalau ini tahap keberanian dan maruah diplomatik Malaysia, maka kita tak perlu musuh luar pun untuk memadamkan kebenaran. Kerajaan sendiri yang sanggup diam demi “manfaat strategik.”


Nak tuntut pampasan untuk Malaysia Airlines dan 43 ahli keluarga mangsa warga Malaysia pun Madani terus kecut?


Jangan sembunyi di sebalik retorik diplomasi bijaksana bila yang sebenar terjadi ialah pengecut berwajah mesra yang hanya mahu peluang berselfie dengan Putin.


Pengecut. 


Lim Sian See

14 Mei 2025


No comments:

Post a Comment