Wednesday, August 21, 2024

Zahid Hamidi yakin UMNO kembali dominan dalam kerajaan, Zahid sah jadi PM ke 11?



Mungkin Zahid Hamidi begitu seronok selepas musuhnya Khairy Jamaludin dalam podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Shahril Hamdan baru-baru ini membayangkan Zahid akan jadi Perdana Menteri ke-11?


https://www.youtube.com/watch?v=Kh3k2mS2h34


Maka itu Zahid keluar kenyataan bahawa UMNO akan kembali dominan atau erti kata lain, UMNO kembali memerintah Malaysia pada PRU-16 nanti?


Ini petikan Zahid;


“Kita positif tetapi tidak over confident (tidak terlebih yakin) dalam perkara ini, tetapi (ketika ini) kerjasama dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan  di Semanjung iaitu gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta di Sabah dan Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memiliki kesefahaman yang baik dan tiada masalah dalam kepimpinan utama, cuma kita perlu pertimbangkan di peringkat bawah,” katanya kepada Utusan Malaysia.


https://www.utusan.com.my/nasional/2024/08/umno-yakin-kembali-dominan-dalam-kerajaan/


Ini juga menunjukkan bahawa Zahid kekal bersungguh untuk meneruskan kerjasama politik dengan DAP yang berada dalam gabungan PH. 


Walaupun PRK DUN Nenggiri baru-baru ini BN menang besar atas kebijaksanaan Ku Li dan veteran UMNO yang tidak mahu DAP turun berkempen.


'Lebih baik DAP tidak sertai kempen PRK Nenggiri' - Kelab Veteran UMNO

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1276506/lebih-baik-dap-tidak-sertai-kempen-prk-nenggiri-kelab-veteran-umno


TERKINI PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,372 undi

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1286288/terkini-prk-nenggiri-bn-menang-dengan-majoriti-3372%C2%A0undi


Penganalisis politik dari Sunway University Wong Chin Huat berkata strategi Ku Li untuk tidak melibatkan DAP dalam kempen adalah keputusan yang betul dan natural.

https://www.malaysiakini.com/news/716257


Manakala seorang lagi penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan pula kata, 


"Ada yang kata kempen rumah ke rumah faktor kemenangan UMNO. Ada yang dakwa faktor ATM. Mungkin jua pengundi Bersatu sabotaj. Tapi di program Prime Time AEC Astro semalam ambo (saya) kata faktor Numero Uno ialah pemimpin DAP tidak dibenarkan hadir di Nenggiri."

https://www.facebook.com/share/p/sQK4s89LbYPAUK78/


Hanya MCA yang turun padang mendekati pengundi Cina di sana, walaupun jumlah pengundi Cina tidaklah ramai. Tetapi atas semangat BN, MCA turun padang dan disambut mesra bukan sahaja oleh pengundi tetapi juga oleh pimpinan UMNO akar umbi di sana.


Gambar sebagai bukti:

https://www.facebook.com/share/p/uXGBVAqB13vBYwWJ/


Suara Lensa ulang apa Zahid kata berhubung kerjasama politik UMNO-PH DAP, "tiada masalah dalam kepimpinan utama, cuma kita perlu pertimbangkan di peringkat bawah."


Jika tiada bantahan daripada akar umbi, jika tiada yang berani bersuara dalam Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang sedang berlangsung ketika ini, jika akar umbi UMNO senyap, jika 191 Ketua Bahagian berpeluk tubuh atau Ahli Majlis Tertinggi UMNO takut kerana terima tekanan, maka Zahid akan berjaya dalam misinya jalin kerjasama politik dengan DAP. 




Naratif selepas ini mungkin berbunyi; "Kita kerjasama dengan DAP sebab nak UMNO dominan dan Zahid jadi PM. Nanti kita UMNO yang kawal DAP."





Naratif ini pernah digunakan oleh team Mahathir dalam PPBM (Bersatu) dan akhirnya kerajaan PH1.0 tidak bertahan lama. Ramai menyifatkan Mahathir sukar kawal DAP pada ketika itu. Akhirnya Mahathir dihumban ke lembah kehinaan apabila tewas PRU15. Partinya dapat telur-kosong.


Begitu juga dengan sejarah lampau bilamana PAS kerjasama dengan DAP, juga tidak lama kerana "PAS tak boleh kawal DAP". 


Kepada ahli UMNO yang bijaksana yang sayangkan parti keramat orang Melayu ini, ingatlah kemenangan besar Barisan Nasional dalam PRN Melaka dan Johor sebelum ini mungkin tidak dapat diulang jika UMNO tunduk pada cita-cita Zahid untuk cemulut dengan DAP - parti yang menumbangkan BN pada tahun 2018 (PRU14). DAP parti yang semai kebencian dan menolak UMNO-BN sejak parti serpihan PAP Singapura itu wujud di bumi Malaysia.


RASMI: BN kembali terajui Melaka, menang bergaya tawan 21 kerusi

https://www.astroawani.com/berita-politik/rasmi-bn-kembali-terajui-melaka-menang-bergaya-tawan-21-kerusi-331985


PRN Johor: BN raih kejayaan dua pertiga, menang 40 kerusi

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/933397/prn-johor-bn-raih-kejayaan-dua-pertiga-menang-40-kerusi


Bersilatlah dan bertaichilah macam mana sekalipun, UMNO elit di atas sukar meyakinkan UMNO akar umbi bahawa DAP adalah parti suci. 


Bukan sahaja sejarah silam, tetapi DAP yang ada pada hari ini juga sukar diterima oleh masyarakat majmuk, terutama masyarakat Melayu. Bahkan, jika DAP tukar nama sekalipun, orang Melayu masih dapat menghidu saki baki kumpulan mereka.


UMNO akan terus jadi UMNO atau UMNO berUBAH jadi UMDAP untuk selamanya? Demi Zahid Hamidi?


ANDA MUNGKIN MEMINATI ARTIKEL INI ;


Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/715776/najib-dihukum-penjara-12-tahun-denda-rm210-juta


Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah Yayasan Akalbudi

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1148333/zahid-lepas-tanpa-bebas-47-tuduhan-rasuah-pecah-amanah-yayasan


SPRM terkejut mahkamah gugurkan kes Lim Guan Eng

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/09/03/sprm-terkejut-mahkamah-gugurkan-kes-lim-guan-eng/


No comments:

Post a Comment