Wednesday, August 21, 2024

Kes 1MDB-Tanore Berlanjutan Sehingga 6 Tahun Kerana Pihak Pendakwaraya Tidak Fokus

Semasa prosiding hujahan Tan Sri Shafee Abdullah, peguambela, bekas Perdana Menteri, Najib Razak menyatakan kes ini telah berlanjutan hampir 5-6 tahun, kerana pihak pendakwa tidak fokus dalam membuat pertuduhan terhadap anak guam beliau menyebabkan pihak defendan sukar untuk mendapatkan saksi yang bersesuaian, untuk mempercepatkan kes ini.

Apabila pihak pendawaan memberikan hujahan yang bersimpang-siur (meandering), maka ia adalah menyukarkan untuk defendan memanggil saksi yang bersesuaian dan menyediakan hujahan balas yang lebih ampuh.

Hakim Collin Sequerah mencelah sebentar dengan bersetuju bahawa kes ini adalah lama.



Pihak defendan terpaksa mengikut sifat pihak pendakwa yang bersimpang siur (meandering).

Menurut peguam itu, ia sesuatu yang bersejarah dan tidak pernah berlaku sebelum ini, malah tidak pernah terjadi dalam kes (penyelewengan) SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib.

*Cabaran Memberikan Definasi 'Kepentingan Langsung*

Kenyataan 'kepentingan langsung' yang mendasari keputusan itu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh untuk terus tertanya-tanya.

Shafee, dalam hujahan pembelaannya berkata empat tuduhan, iaitu menyalahgunakan kedudukan yang dikenakan terhadap Najib, gagal menyatakan kepentingan di sebalik keputusan anak guamnya.

Ini berlaku kerana kegagalan pihak pendakwaan untuk mentakrifkan dengan jelas kepentingan peribadi atau faedah yang didakwa dimiliki Najib berkaitan dana 1MDB, menjadikan sukar untuk menangani dakwaan itu dan menyoal balas saksi dengan secukupnya.

Sekadar menyatakan bekas perdana menteri itu mempunyai kepentingan langsung, sedangkan apakah kepentingan sebenar yang mendasari keputusan (Najib), dibiarkan begitu sahaja kepada mahkamah dan anak guamnya tertanya-tanya.

"Walaupun pendakwaan merujuk kepada kewujudan 'kepentingan langsung' dalam keputusan Datuk Seri Najib bagi keempat-empat tuduhan, ia gagal menyatakan di mana kepentingan itu."

Dalam penghujahannya Shafee merujuk kepada beberapa orang saksi pihak pendakwa yang juga 'gagal' menjawab apakah 'kepentingan langsung' dan 'nilai' tersebut bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi oleh anak guamnya.

"Kerana pihak pendakwa tidak mampu untuk memberikan 'nilai' kepada 'gratification or benefit', maka tidaklah sewajarnya pihak pendakwa melonggokkan kesemua kes-kes kecil di bawah satu kes besar, dengan meletakkannya sebagai 600juta, dan kemudian 'menunjukkannya' sebagai fakta.

"Jika pendakwaan tidak menyatakan secara spesifik kepentingan yang tertuduh ada dalam pertuduhan, bagaimana kami hendak menangani dakwaan dan menyoal balas saksi dari awal lagi?" soalnya.

*Kegagalan Pihak Pendakwa Mendefinasikan 'Kepentingan Langsung' Menyusahkan Pihak Defendan*

"Mungkin, jika kegagalan menyatakan kepentingan itu berlaku dalam keadaan di mana hanya satu pelanggaran yang didakwa dalam pertuduhan, ia tidak akan menimbulkan banyak masalah.:

Shafee menjelaskan bahawa dalam pendakwaan, ia amat mengejutkan di mana terdapat tiga jawatan rasmi didakwa disalahgunakan secara serentak dan untuk pelbagai pelanggaran. Di mana sepatutnya berdasarkan kes-kes guaman dahulu tidak pernah berlaku.

Pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB-Tanore ini gagal menunjukkan Datuk Seri Najib Razak mempunyai kepentingan membabitkan keputusan rasmi dan tindakannya dalam syarikat pelaburan strategik negara itu, kerana beliau didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB sekali gus, di mana jika mengikut kes-kes guaman terdahulu, satu pertuduhan hanya melibatkan 'satu jawatan'.

Shafee berkata demikian pada hujahan akhir kes pendakwaan membabitkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama, yang dihadapi Najib.

Prosiding hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Rabu.

Emma Harith,
Penulis Rencana, New Malaysia Herald
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

20 Ogos 2024

Disiar semula di FB Najib Razak

No comments:

Post a Comment