AdSense

Monday, June 17, 2024

PENGORBANAN PH : Harga minyak naik mendadak, kos sara hidup meningkat : Kerajaan PH dipuji, diseru terus bebankan rakyat dan tiada himpunan jalan raya dirancang

Menarik subsidi pukal dan memberikannya secara bersasar adalah dasar yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dan diteruskan oleh kerajaan PH hari ini.

Cuma bezanya BN 'naikkan' sedikit demi sedikit berbanding PH yang 'naikkan' secara mendadak sekaligus.


Ini mengejutkan ramai pihak sehingga banyak syarikat yang mengeluarkan kenyataan akan menaikkan caj produk atau perkhidmatan mereka susulan kenaikan mendadak diesel yang mula berkuatkuasa 10 Jun 2024.

Ini keputusan berani kerajaan PH pimpinan Anwar Ibrahim, walau teruk dikecam rakyat. Namun setakat artikel ini ditulis, tiada himpunan jalan raya dirancang bagi memprotes kerajaan.

Maka ini membuktikan bahawa rakyat amat memahami bahawa usaha kerajaan merasionalisasikan subsidi bahan api merupakan keputusan tepat dan bijak walaupun ia menyebabkan kenaikan mendadak dari RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter. Biasa isi RM130 penuh satu tangki, kini perlu bayar RM210, menurut video tular di media sosial.

Sehubungan itu, menjelang pengumuman harga RON95 dan harga beras pada Oktober ini nanti, kerajaan dinasihatkan supaya terus konsisten menaikkan harga secara mendadak. Ini kerana rakyat dilihat cukup memahami kerajaan PH sekarang yang bertungkus lumus membina semula negara.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada kerajaan PH pimpinan Anwar Ibrahim yang sanggup berkorban dengan melakukan keputusan tidak popular demi rakyat.

Semoga dengan kenaikan-kenaikan ini termasuk kenaikan cukai SST 8% dan cukai-cukai baru yang diperkenalkan, rakyat akan kenang jasa PH dan Anwar Ibrahim dengan kembali mengundi PH pada PRU16 akan datang.

SUARALENSA
17 JUN 2024

No comments:

Post a Comment