Wednesday, December 6, 2023

Puak Zahid DAP masih angkuh, berlagak dan rasa Melayu sokong mereka


Apa salah Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng yang meminta Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi supaya menerima hakikat bahawa sokongan orang Melayu terhadap BN terus merosot?


https://www.malaysiakini.com/news/689012


Kenapa puak Zahid tak boleh ditegur?


Adakah puak Zahid sudah berasa terlalu hebat berada di bawah kerajaan Anwar dan DAP? Manakala Zahid kini jadi Timbalan Perdana Menteri?


Kenapa masih berlagak dan tak mahu terima hakikat?

https://www.malaysiakini.com/news/689043


Dah memang undi Melayu merosot, itu fakta.


Betullah kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil. Ada segelintir pemimpin parti itu bertindak “lebih DAP daripada DAP”, dengan mempromosikan parti cauvinis itu secara berlebihan sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan akar umbi.


“Sebab kekalahan kita (di PRK Kemaman), ada beberapa orang yang mempromosikan DAP dalam Umno…cukup-cukuplah jadi ‘penjilat’ DAP. Janganlah bila kepentingan DAP tergugat, kamu yang terkoyak lebih.


“Mereka nak pertahankan DAP sangat, sampai jadi ‘penjilat’ tegar. Itu orang Melayu tak suka,”


Jadi ‘barua’ DAP punca Umno terus ditolak Melayu, dakwa Isham


Video klik di sini


Puak Zahid DAP patut muhasabah diri, jangan berlagak sangat. Contohi Mat Hasan, Timbalan Presiden UMNO.


Apa dia kata?


UMNO menghormati keputusan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Kemaman dengan iltizam untuk terus menimba pengajaran dari nya.


Keputusan pilihanraya tersebut memberikan isyarat yang jelas tentang beberapa perkara dan tren penting.


Pertama, UMNO masih jauh dari berjaya untuk mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu terhadapnya.


UMNO menonjolkan seorang pahlawan bangsa, dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang. Namun tewas juga.


Jelas, tugas mengembalikan kepercayaan bangsa Melayu ke pangkuan UMNO adalah tugas sukar tetapi bukan mustahil. 


Tetapi buat masa ini, UMNO mesti menerima realiti bahawa orang Melayu masih jauh dari mempercayainya sebagai wakil politik mereka yang berkesan.


Kedua, keputusan itu juga menyedarkan UMNO bahawa ia mesti mempunyai ‘resilient’ atau ketahanan untuk terus berjuang dalam arena politik Melayu yang semakin dinamik.


Kemaman adalah indikasi jelas bahawa mengembalikan kepercayaan bangsa Melayu ke pangkuan UMNO adalah perjalanan jauh, tidak linear dan memakan masa panjang. 


Justeru, semangat, cara kerja, strategi dan kepimpinan, semuanya perlu sentuhan dan kecekalan baru serta kesabaran, jika UMNO ingin bersaing untuk menjuarai semula pengaruh dan kepercayaan bangsa Melayu dalam politik. 


Ujian sebenar dalam semua ini ialah ujian ketahanan. UMNO tidak akan mudah menyerah apalagi berfikir, bahawa jalan keluar bagi meraih sokongan Melayu telah tertutup rapi. 


Ketiga, UMNO terus di jauhi oleh golongan muda Melayu. UMNO nampaknya masih belum berjaya ‘resonates’ dengan generasi muda bangsa sehingga penolakan golongan tersebut terhadap UMNO sudah semakin ‘consistent’. 


Sesuatu harus dilakukan dengan segera. Generasi muda berpotensi untuk dimenangi dan di raih sokongan mereka. Hanya kaedahnya mesti sesuai citra, aspirasi dan keperluan kehidupan mereka.


Keempat, Kemaman juga memberi pedoman bahawa mengimbangi politik perkauman dan agama adalah sukar dan kompleks.


Bukan mudah untuk menghadirkan pilihan jalan politik sederhana.  Ideologi pelampau kanan, retorik perkauman dan agama, semuanya sangat mudah untuk dimanfaatkan bagi meraih populariti.


UMNO tidak boleh tergelincir dari landasan kesedarhanaannya. Ia adalah benteng penting untuk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. 


Terakhir, Kemaman adalah cerita Kemaman. Ia bukan cerita yang mewakili keseluruhan harapan dan cita cita rakyat Malaysia. 


Ia hanya menewaskan UMNO tetapi tidak sesekali mematikan UMNO. Ia adalah pertandingan dalam liga demokrasi yang ada menang dan tewasnya.

Dan UMNO hanya tewas, seperti pelbagai kekalahan yang pernah ia lalui. 


Di lain ketika, pasti akan ada kemenangan untuk UMNO, insya-Allah.


Semuanya adalah rahsia Tuhan.


Sumber asal

No comments:

Post a Comment