Friday, October 27, 2023

KESILAPAN ZAHID KUBURKAN UMNO-BN?

Assalamualaikum.

1. UMNO-BN kalah PRU15. Ok je. PRU14 juga UMNO-BN kalah dan tak ada masalah pun jadi pembangkang.

2. Bentuk kerajaan perpaduan. Ok je. UMNO-BN tak ada masalah untuk akur dan junjung titah KDYMM YDP Agong. Inilah kebijaksanaan Baginda dan Raja-Raja Melayu. Jika tidak, politiking berlarutan. Parlimen tergantung dan tiada kerajaan.

3. Fasa seterusnya jadi masalah, bagi akar umbi UMNO-BN.

4. Bentuk kerajaan perpaduan, ok. Yang tak ok, bila sibuk nak kerjasama politik. Padahal sebelum ini kita pernah berdepan isu sama, iaitu PN sokong kita masa UMNO menerusi DS Ismail Sabri jadi PM. Bila masuk PRN Melaka dan Johor, kita lawan PN dan PH. Sebab, kerjasama hanya peringkat persekutuan, bukan politik.

5. Boleh ke kesilapan ini diperbetul? Boleh ke UMNO-BN kembali bangkit dan kuat? Jawapan boleh. Asalkan bukan Zahid pimpin UMNO-BN. Ini kerana, tiada sesiapa pun boleh memutuskan ikatan kuat yang terjalin antara murid-guru (Zahid-Anwar). Ikatan ini bukan baru jadi, tapi sudah lama, sejak kedua-duanya masih muda suatu masa dulu. Hendak putuskan, amat mustahil dan tidak baik. Jadi, UMNO-BN perlu pengganti Zahid. 

Psstt... Tak perlu lucut jawatan dia sebagai TPM dan Menteri. Biarkan dia dengan jawatannya, kalau boleh sampai bila-bila biarlah dia dengan jawatannya. Akar umbi tak kisah pun. Akar umbi hanya mahu parti bangkit, mantap dan kuat.

Apa seterusnya?

No comments:

Post a Comment