AdSense

Tuesday, October 24, 2023

Kisah @NajibRazak yang dianiaya : Fitnah VS Kebenaran


Semakin banyak telah terungkap selepas PRU14.

TUDUHAN:

Najib pembunuh Altantuya, Kevin Morais dan sebagainya.


KEBENARAN:


Najib bukan pembunuh dan tidak pernah didakwa membunuh sesiapa

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/04/kit-siang-i-never-accused-najib-of-murders-but-said-do-not-evade-responsibi/1749750 


TUDUHAN:

Najib turun, Ringgit naik


KEBENARAN:

Ringgit tidak pernah memulih ke paras sebelum PRU14 dan sudah jatuh ke paras paling rendah dalam sejarah iaitu RM4.78 berbanding RM3.83 masa Najib turun


TUDUHAN:

Najib sangat boros dengan perbelanjaan kerajaan


KEBENARAN:

Bajet perbelanjaan kerajaan tahun 2024 pada RM393 bilion adalah 50% lebih besar berbanding jumlah RM262 bilion masa Najib (2017)


TUDUHAN:

BR1M ialah rasuah 


KEBENARAN:

BR1M diteruskan dan dijenama semula beberapa kali ke Bantuan Sarah Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan kini menjadi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 


TUDUHAN:

Najib membenarkan salah guna pinjaman National Feedlot Corp (NFC) untuk letak lembu dalam kondo


KEBENARAN:

Mahkamah mendapati bahawa tiada salahguna pinjaan NFC

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/14/pengerusi-nfcorp-syukur-tuduhan-terbukti-salah-pasrah-12-tahun-jadi-mangsa-politik/


TUDUHAN:

Kapal selam yang dibeli Najib tidak boleh selam


KEBENARAN:

Mat Sabu mengaku dalam Dewan Rakyat bahawa kapal selam boleh selam

https://youtu.be/_hCmf0Kqf0c


TUDUHAN:

Harga barang naik melampau masa Najib tetapi bekalan tak pernah putus


KEBENARAN:

Harga barang naik lebih tinggi selepas Najib sehingga bekalan boleh terputus


TUDUHAN:

Najib curi RM42 juta duit SRC


KEBENARAN:

Najib tak curi duit RM42 juta tetapi hakim kata ianya bukan hak Najib untuk sedekahkan

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571


TUDUHAN:

Najib curi RM2.6 bilion


KEBENARAN:

Saksi pendakwaan mengesahkan dalam mahkamah bahawa dana yang disebut RM2.6b itu telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/10/12/1mdb-trial-najib-returned-us620m-to-firm-that-gave-him-us681m-ill-gotten-gains-sent-rm162m-to-his-other-account/95874


TUDUHAN:

Najib menyusahkan Rakyat dengan cukai GST.


KEBENARAN:

Cukai GST amat diperlukan dan dirancang kerajaan untuk dikembalikan demi kepentingan Rakyat dan Negara


TUDUHAN:

Najib menyusahkan Rakyat dengan menghapuskan subsidi pukal


KEBENARAN:

Mansuh subsidi pukal adalah antara priotiti utama kerajaan hari ini


TUDUHAN:

Rosmah beli cincin jambu


KEBENARAN:

Menteri PH menjawab dalam parlimen bahawa Rosmah tak pernah beli cincin tersebut


"April 2019: Timbalan menteri sahkan isteri VVIP tidak beli berlian merah jambu"

https://www.malaysiakini.com/news/471381


TUDUHAN:

Najib dan Rosmah banyak beli barangan kemas dan handbeg dengan duit rompakan.


KEBENARAN:

Mahkamah mengesahkan kebanyakan barang kemas dan handbeg merupakan hadiah-hadiah yang diterima oleh keluarga Najib sejak puluhan tahun dahulu. Tiada bukti bahawa ianya dibeli dengan duit haram. Mahkamah arahkan kesemuanya dikembalikan kepada keluarga Najib.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-gagal-lucut-hak-barang-kemas-jam-dan-beg-tangan-milik-najib-rosmah-391398


TUDUHAN:

Rosmah adalah pemilik Grab, Uber, KK, MyEg dan sebagainya


KEBENARAN:

Cerita mengarut yang akhirnya terbukti palsu


TUDUHAN:

Najib tukar laporan audit 1MDB


KEBENARAN:

Mahkamah mendapati perbezaan dalan laporan audit 1MDB adalah remeh dan Najib tak pernah arahkan sesiapa untuk ubah laporan.

https://www.kosmo.com.my/2023/03/03/mahkamah-najib-arul-kanda-lepas-bebas-pertuduhan-laporan-audit-1mdb/


TUDUHAN:

Najib mengekalkan atau memperkenalkan undang-undang zalim seperti SOSMA, POTA, POCA dan Akta Hasutan.


KEBENARAN:

Kesemua undang-undang yang disebut itu tidak dimansuhkan kerajaan-kerajaan selepas PRU14 dengan alasan ianya relevan dan amat diperlukan.


TUDUHAN:

Najib memperkenalkan sistem AES untuk cekik darah dari Rakyat dengan pelbagai denda-denda.


KEBENARAN:

Sistem AES dikekalkan dan ditambah kamera oleh kerajaan-kerajaan selepas PRU14 dengan alasan ianya relevan dan amat diperlukan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.


TUDUHAN:

Najib bazir duit dengan membuat program PERMATA


KEBENARAN:

Program PERMATA diteruskan dan dijenamakan kepada GENIUS. Lalu dijenamakan semula sekali lagi ke PERMATA pada tahun 2023 ini


TUDUHAN

Najib dituduh jual negara kepada China sebab banyak pelaburan dibuat negara China di Malaysia ketika Najib jadi PM.


KEBENARAN:

Kini, kerajaan sangat mengalu-alukan pelaburan dari China.


TUDUHAN:

Najib jual Proton kepada syarikat Geely dari China.


KEBENARAN:

Malaysia masih pemegang saham terbesar Proton. Proton berjaya dipulihkan dan semakin kuat, kerajaan tidak perlu lagi membuat bail-out berbilion setiap beberapa tahun untuk selamatkan Proton dan pelaburang Geely-Proton sebanyak RM40 bilion di Tanjung Malim dipuji melangit.


TUDUHAN:

Najib tak jaga kesihatan Rakyat sebab membenarkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas beroperasi di Malaysia.


KEBENARAN:

Setelah lebih 12 tahun beroperasi, kilang Lynas terbukti selamat. Kerajaan hari ini telah umum untuk menjadikan pemprosesan nadir bumi di Malaysia sebagai antara industri baharu yang dapat sumbangkan kekayaan besar pada negara serta membangunkan industri tenaga hijau.


TUDUHAN:

Najib bankrapkan negara


KEBENARAN:


"1. Hutang negara dan nisbah hutang negara naik dengan mendadak selepas masa Najib. Hutang naik dari RM686.8b (nisbah 50%) ke RM1.263 trilion (nisbah 64%) bagi tahun 2024


2. Bursa saham tidak pernah memulih ke paras tertinggi dalam sejarah masa Najib iaitu 1,895 pada bulan April 2018 sehingga kini


3. Dividen-dividen dan hibah tabung-tabung simpanan Rakyat seperti KWSP, Tabung Haji, LTAT dan ASB tidak pernah pulih ke kadar tinggi masa Najib"


Sumber asal

https://www.facebook.com/100044428416531/posts/pfbid02irSFC1sBBp1Zu2fmdWnMZ6AayDwpQ3DkXeDpiGPJDR9qPM8796mkViH4WyvaXQh1l/?mibextid=lOuIew

No comments:

Post a Comment