Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri iaitu di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan pada kali ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu membabitkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana, dalam Barisan Nasional (BN) hanya UMNO sahaja yang akan bertanding, selepas MCA dan MIC sebagai komponen BN membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PR6N kali ini.
Namun, UMNO di bawah Zahid selaku Presiden hari ini bukanlah UMNO tulen seperti zaman sebelumnya.
UMNO pro Zahid yang sering dilihat menjadi jurucakap DAP, atau bahasa sopannya, tali barut DAP ini kurang disenangi penyokong serta akar umbi UMNO.
Sebab itu, anggaplah UMNO seperti tidak wujud dalam PR6N.
Manakala lain-lain parti kecil daripada 19 parti politik dalam Kerajaan Perpaduan termasuk parti di Sabah dan Sarawak hanyalah sekadar menyokong.
Yang jelas, PR6N ini melihat pertembungan antara PN yang memenangi 73 Kerusi Parlimen dan PH yang memenangi 84 Kerusi Parlimen pada PRU15 November 2022.
Perlu diingat, kerjasama politik yang dibentuk dan dijayakan si cikgu dan anak murid ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Jika masih ingat, semasa PRN Melaka dan Johor sebelum ini, PN dan BN menjalin kerjasama membentuk kerajaan di pusat. Namun mereka tidak bekerjasama dalam PRN Melaka dan Johor.
Ini kerana mereka sedar, pembentukan kerajaan PN-BN dan kemudiannya BN-PN adalah semata-mata demi kestabilan. Sebab itu bila ada PRN Melaka dan Johor, mereka berlawan secara matang dan profesional. Hakikatnya, BN menang besar di kedua-dua PRN tersebut.
Tapi kali ini berbeza senarionya di mana PH-BN membentuk kerajaan di pusat dan dalam masa sama, juga bekerjasama dalam berdepan PR6N.
Apa maksudnya? Adakah ini bagi menyekat UMNO daripada beroleh kemenangan? Adakah ini usaha untuk mengkuburkan UMNO? Tidak mahu UMNO beroleh kemenangan besar seperti di Melaka dan Johor?
TARIKH PENTING PR6N YANG DIPERUNTUKKAN RM420 JUTA;
29 Julai 2023
Hari penamaan calon
8 Ogos 2023
Undi awal
12 Ogos 2023
Hari mengundi
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan adalah yang terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan April 2023 yang dikemaskini 21 Jun lalu, membabitkan 9,773,571 pemilih.
9,674,456 pengundi biasa
49,660 tentera dan pasangan
47,728 polis dan pasangan
1,727 pengundi tidak hadir luar negara
245 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu 740 Penolong Pegawai Pengurus manakala bagi memantau aktiviti kempen, SPR akan menubuhkan 252 Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PP-KPR) diwakili polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon bertanding.
153,750 petugas dilantik dan sebanyak 173 pusat penamaan calon serta 186 pusat penjumlahan undi akan digunakan dengan keseluruhan pusat mengundi adalah sebanyak 3,450 buah dengan 17,425 tempat saluran mengundi termasuk 260 pusat pengundian awal.
No comments:
Post a Comment