AdSense

Thursday, June 22, 2023

"Kami sudah ada DAP. Berambus kau MCA dan MIC."



Siapa Lokman Adam?


Dia ni Ketua Pengarah Komunikasi UMNO merangkap Ketua Sekretariat Media Perpaduan. Sama ada kata-kata dia mendapat wahyu Zahid dan Anwar, itu tak pasti. Tapi daripada apa yang didengar dalam Skop MG baru-baru ini, kata-kata ahli PKR yang dipecat, dan kalah dalam pemilihan parti bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading itu, dilihat ketara menjilat DAP - sesuatu task berat yang pernah dipikul oleh Ahmad Maslan (yang pernah kerahkan penyokong UMNO undi calon DAP).


Kenapa Lokman jadi jurucakap DAP?


Semua tahu, task untuk menjilat DAP ini bukanlah mudah. Pemimpin UMNO totok Zahid seperti Ahmad Maslan telah melakukan macam-macam cara untuk mensucikan DAP. 




Sekarang task tu nampaknya turut dipikul oleh Lokman Adam, dengan menyerang parti komponen Barisan Nasional sendiri. 

Dia kata MCA dan MIC ni 'biawak hidup'?


Sampai Bila UMNO Nak Bersama Biawak Hidup Dalam BN? - Lokman


Ini jelas menunjukkan bahawa Lokman Adam, Ketua Pengarah Komunikasi UMNO merangkap Ketua Sekretariat Media Perpaduan seolah-olah mahu kata, "Kami sudah ada DAP yang boleh tarik undi Cina dan India. Berambus kau MCA dan MIC."


Betul ke itu maksud Lokman Adam, Ketua Pengarah Komunikasi UMNO merangkap Ketua Sekretariat Media Perpaduan?


Atau Lokman sengaja mahu tutup fakta dan sejarah bahawa terbinanya Barisan Nasional adalah atas prinsip kenegaraan, memelihara perpaduan, keharmonian, dibentuk atas dasar kepelbagaian, mewakili masyarakat majmuk di Malaysia, mewakili Melayu, Cina dan India bersandarkan perkongsian kuasa dan mempertahankan kesederhanaan (tidak ekstrem dan tidak cauvinis).


Berapa Lokman Adam dibayar untuk mensucikan DAP?


Oh, Lokman Adam, Ketua Pengarah Komunikasi UMNO merangkap Ketua Sekretariat Media Perpaduan tak perlu minta maaf atas kenyataannya itu. Hati DAP mesti mau jaga, bagai menatang minyak yang penuh.




No comments:

Post a Comment