Sebagai orang Islam, penulis rasa terpanggil untuk menyentuh tentang apa yang berlaku di Kelantan pada Ahad lepas (25 Jun 2023) apabila seorang wanita bukan Islam dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) di kedainya di Jalan Merbau, Kota Bahru kerana didakwa berpakaian tidak sopan. Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin kata tindakan itu dibuat bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985.
Isu ini turut mendapat liputan meluas media.
Wanita bukan Islam Kelantan dikompaun kerana pakai seluar pendek
https://www.malaysiakini.com/news/669953
Wanita bukan Islam berseluar pendek dikompaun
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/981659/wanita-bukan-islam-berseluar-pendek-dikompaun
Wanita bukan Islam berpakaian tidak sopan dikompaun
Berseluar pendek di Kelantan, wanita bukan Islam dikompaun
Wanita pakai seluar pendek paras punggung dikompaun
https://www.kosmo.com.my/2023/06/26/wanita-pakai-seluar-pendek-paras-punggung-dikompaun/
Penulis juga ada terbaca banyak komen yang menggunakan naratif, "masuk kandang kambing mengembek, masuk reban ayam berkokok". Bagi penulis, ini pemahaman yang tak logik langsung. Amoi tu bukan pergi majlis kenduri kahwin Pak Abu. Atau majlis cukur jambul anak Mak Kiah.
Apa yang berlaku ini berupaya membuatkan masyarakat bukan Islam memandang serong dan tidak tepat terhadap Islam. Seolah-olah Islam itu terlalu menghukum, keras, ekstrem dan sebagainya. Walhal Islam adalah agama yang indah, harmoni dan mempromosikan kasih sayang sesama insan dan mahkluk termasuk binatang.
Penulis bukanlah alim warak. Tetapi dengan kecanggihan teknologi, segala ilmu dan maklumat di hujung jari. Manfaatkan ilmu yang dikongsi oleh para alim ulama, ilmuan dan mereka yang layak menjadi rujukan ke atas kemusykilan kita.
Suka penulis mengajak pembaca menyemak Portal Mufti Wilayah Persekutuan yang ada menyatakan;
Al-Qur’an diturunkan kepada umat manusia sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Kitab ini (al-Qur’an) yang tiada keraguan padanya, ia juga menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa”
Surah al-Baqarah: 2
Allah SWT telah berfirman:
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Maksudnya: “Untukmu agamamu dan untukku agama aku”
Surah al-Kafirun:6
Imam ibn Kathir Rahimahullah telah berkata: “Nabi SAW telah berkata kepada kaum kafir Quraisy: {لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ} sepertimana dalam firman Allah SWT:
وَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقُلْ لِي عَمَلِي وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ أَنْتُمْ بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ وَأَنَا بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ
Maksudnya: “Dan jika mereka mendustakanmu, maka katakanlah: Bagi aku amalanku, dan bagi kamu amalanmu. Kamu tidak bertanggungjawab atas apa yang aku kerjakan dan aku juga tidak bertanggungjawab atas apa yang kamu kerjakan.”
Surah Yunus: 41
Justeru, apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam harus kita ambil perhatian. Misalnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Wanita MCA, sebuah parti yang berasaskan kaum Cina dan membela nasib semua kaum di Malaysia.
Kata Wong You Fong, Ketua Wanita MCA Kebangsaan,
"Wanita MCA menjunjung kedaulatan undang-undang di negara ini namun, dalam masa sama Wanita MCA merasakan bahawa ada keperluan untuk Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS memastikan anggota penguatkuasa menjalankan tugas dengan baik demi menjamin hak warganegara Malaysia bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan seterusnya mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi terhadap mana-mana kaum di negara ini."
"Apa yang berlaku ini juga menuntut PAS membuktikan bahawa parti itu turut menjaga kebajikan orang bukan Islam, sepertimana kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah pada 30 Januari 2019 yang berkata, keadilan bukan hanya untuk orang Islam sebaliknya bukan Islam juga dibela PAS."
Sumber : http://www.mca.org.my/3/Content/SinglePage?_param1=27-062023-190481-06-202327&_param2=TS
Apa yang dikhuatirinya berasas. Mungkin penguatkuasa ada culas dan kelemahannya. Ini perlu diperbetulkan. Kerana apa yang paling penting, kita tidak mahu orang bukan Islam memberi tanggapan tidak tepat kepada agama Islam yang kita sayangi ini.
Manakala penceramah bebas, Muhammad Fakaruddin Abdul Rahman pula berkata, Islam menganjurkan agar individu saling memberi teguran dan menasihati dalam kehidupan bermasyarakat, dengan tujuan individu yang m.elakukan kesilapan menyedari kelemahan, kealpaan serta kesalahan dilakukan.
“Islam menjamin pelunasan hak terhadap golongan bukan Muslim dalam aspek pengadilan dan perundangan menerusi peruntukan undang-undang jenayah atau peribadi. Memang benar orang bukan Islam terikat dengan keperluan untuk memakai pakaian sopan, tetapi wujud kekeliruan di situ sehingga ada antara mereka tidak tahu untuk memakai pakaian betul.
“Seharusnya, penguatkuasa yang mengamalkan undang-undang Islam memberi teguran terlebih dahulu dengan menyampaikan maklumat secara terperinci macam mana pakaian sopan yang perlu dipakai orang bukan Islam.
“Kalau terus dikompaun, pelbagai persepsi negatif boleh wujud sehingga nama Islam juga boleh tercemar hanya kerana tidak mengamalkan budaya memberi nasihat,” katanya ketika dihubungi Getaran.
Ketika menulis artikel ini, penulis terfikir,
Apa respon kita bila muslimah kita dikompaun sebab bertudung atau berpurdah?
No comments:
Post a Comment