AdSense

Tuesday, May 2, 2023

HARGA BARANG NAIK, APA TINDAKAN ANWAR IBRAHIM DAN MALAYSIA MADANI?




Masa balik kampung raya baru-baru ni, ramai betul yang komplen pasal harga barang yang melambung naik.


"Ingatkan Anwar dah jadi PM, Pakatan Harapan kembali memerintah, harga barang turunlah. Yang hado!"


Demikian antara rintihan rakyat.


Dengan RM50 bukan sahaja tak penuh troli, nak sampai suku pun belum tentu. Silap2, RM50 tu beli dua barang je!


Sekarang Anwar dan PH dah jadi kerajaan. Isu harga barang sering menjadi topik mereka semasa bergelar pembangkang. Barisan Nasional (BN) dilabel Barang Naik. 


Now, bola dikaki. Apa tindakan Anwar dan PH dalam mengatasi kenaikan harga barang?


Adakah 'menu rahmah' sudah memadai?


Adakah peniaga naikkan harga sesuka hati dan cuba sabotaj Kerajaan Malaysia Madani?


No comments:

Post a Comment