AdSense

Friday, April 7, 2023

SAH! @NajibRazak tak bersalah dalam kes SRC 42juta! Ini bukti yang buat ramai berpeluh!



Ini satu lagi contoh penghakiman yang menyebabkan kami sangat tidak berpuas hati dan percaya Najib tidak diberikan perbicaraan yang adil.


SRC melantik syarikat Ihsan Perdana untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).


SRC membayar RM50 juta kepada Ihsan Perdana.


Ihsan Perdana pula membayar dana RM42 juta dari RM50 juta itu kepada akaun atas nama Najib.


Ketika disoal dalam mahkamah, Pengarah Urusan Ihsan Perdana ketika itu Dr Shamsul Anwar Sulaiman memberitahu bahawa dia diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling untuk pindah RM42 juta kepada akaun atas nama Najib.


Dr Shamsul kata dia tidak mengetahui bahawa akaun itu adalah milik Najib dan jika dia tahu, dia tidak akan luluskan pindahan dana tersebut.


Ung Su Ling juga kata dia tak tahu akaun tersebut adalah milik Najib tetapi dia kata dia diarahkan oleh arwah Datuk Azlin melalui WhatsApp untuk pindahkan RM42 juta terbabit.


(Yang arahkan untuk pindah kata dia tidak tahu akaun siapa, yang pindahkan kata dia tidak tahu akaun siapa maka bagaimana pula Najib tahu?)


Namun bila disoal oleh peguam Najib, Ung kata dia telah padamkan catatan WhatsApp tersebut sebab dia terlalu sedih bahawa Datuk Azlin telah meninggal dunia secara terkejut.


Ung juga kata dia dah lama buang henfon tersebut.


Lalu, peguam Najib pula mengeluarkan bukti bahawa Ung Su Ling yang juga merupakan seorang peguam pernah bekerja untuk Jho Low selama 8 tahun dari tahun 2004 ke 2012.


Peguam Najib turut mengeluarkan bukti catatan Blackberry antara Ung dengan banker Joanna Yu bahawa ianya Jho Low yang arahkan pemindahan dana RM42 juta tersebut.


Datuk Azlin sudah meninggal, WhatsApp sudah padam, henfon sudah buang, ada sejarah dia pekerja Jho Low selama 8 tahun dan ada bukti mesej Blackberry yang Ung terima arahan dari Jho Low.


Namun dalam penghakiman bertulis dua, Nazlan kata dia percaya dan terima cerita Ung Su Ling sebab dia kata:


1. Adalah perkara biasa untuk upgrade henfon dan Ung ada kemampuan kewangan berbuat begitu.


2. Ung mungkin rasa mesej WhatsApp dengan arwah Datuk Azlin tak penting dan ada alasan tersendiri untuk padam.


(ya ke, kononnya ada arahan pindah RM42 juta ke akaun kononnya tidak diketahui milik siapa tapi dianggap tak penting?)


3. Tiada sebab untuk Datuk Azlin menipu Najib berkenaan status sebenar akaun Najib sebab tidak terdapat bukti bahawa Datuk Azlin pernah menerima apa-apa faedah untuk menipu Najib.


Sepatutnya, keterangan Ung sudah boleh dibuang sebab tiada lagi evidence trail dan kredibiliti dia adalah sangat diragui tetapi Nazlan terima begitu sahaja.


Tambahab pula, selepas Nazlan menjatuhkan hukuman ke atas Najib, bekas pengurus besar Goldman Sachs memberi keterangan dalam kesnya di Amerika Syarikat bahawa Datuk Azlin dan Nik Faisal pernah dibayar RM5 juta seorang oleh Jho Low. 


Tetapi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menolak permintaan Najib untuk memasukkan bukti bayaran Jho Low kepada Datuk Azlin dan Nik Faisal biarpun ianya secara langsung membuktikan penghakiman Nazlan sudah salah.


Akhirnya, tiada satu daripada lebih 40 bukti yang Najib ingin masukkan ke dalam perbicaraan dia pernah diterima oleh mahkamah.


Sumber


No comments:

Post a Comment