AdSense

Tuesday, May 16, 2023

Gempar! Jambatan timbul selepas 50 tahun tenggelam




Sedia maklum pada ketika ini cuaca sangatlah panas dan terik. Susulan cuaca yang panas ini, menyebabkan satu kejadian yang menggemparkan orang ramai khususnya penduduk sekitar Sungai Muda, Kepala Batas.


Untuk makluman, Jambatan Merdeka ini menyimpan 1,001 sejarah di antara daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dengan Kedah.


Menurut Md Khalil Salleh, 55, penduduk Kampung Guar Kepah yang juga pesara tentera, jambatan tersebut mula kelihatan semalam iaitu kira-kira pukul 10 pagi sehingga lewat malam.


“Kalau diikutkan jambatan asal itu telah tenggelam kira-kira 50 tahun lalu iaitu sejak empangan Ampang Jajar dibina sekitar tahun 1973.


Struktur asal titi tersebut telah dirasmikan oleh Bapa Kemerdekaan yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia pertama allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1957.

No comments:

Post a Comment