Pagi ini media melaporkan, "MOT lantik lima pakar ICT tanpa gaji, perkasa inisiatif digital"
Bagus dan usaha baik.
Tapi laporan berita ini membuatkan rakyat muak dan timbul persoalan, sampai bila kerajaan mahu dilihat cuba raih simpati rakyat?
Rakyat hanya mahu tengok hasil yang baik dan beri manfaat kepada mereka. Bukannya kenyataan-kenyataan yang seperti 'masuk bakul angkat sendiri.'
Tanpa gaji? Elaun bagaimana? Ada beri atau tak?'
Walaupun dalam artikel ada disebut, '"JPD akan berkhidmat secara pro bono tanpa sebarang kos kepada kerajaan." Namun sejauh mana kebenarannya?
Kata orang, "nak masuk jamban pun kena bayar 20sen"
Adakah benar semua ahli JPD itu tidak menerima gaji, elaun mahupun manfaat atau keuntungan dalam lain-lain bentuk?
Harap diperjelas, diperinci dan disah buktikan bagi menjaga nama baik serta imej positif Kerajaan Perpaduan era Malaysia Madani.
No comments:
Post a Comment