AdSense

Friday, September 3, 2021

#pakatangagal : Air tadak, hutan hendak ditarah


Menjelang pagi Hari Kemerdekaan 2021, rakyat Selangor dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor telah menyahwartakan 54 peratus Hutan Simpan Kuala Langat Utara semenjak Mei lagi.
 

Kenapa nyahwarta ini dibuat dengan berselindung? Semuanya telah disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai selama 3 bulan!
 
 Kerajaan PH negeri mendabik dada dengan slogan #FreedomOfInformation tetapi tidak pernah mempraktikkannya. Informasi tentang tindakan sulit ini hanya diketahui apabila Dewan Undangan Negeri Selangor bersidang pada 30 Ogos 2021!

Memburukkan lagi isu kemusnahan alam sekitar di Selangor, daripada banyak hari, ketika Malaysia sedang meraikan hari yang penuh dengan harapan di sebalik keganasan pandemik Covid-19 inilah, isi rumah di Lembah Klang disajikan dengan pemotongan bekalan air. Sejumlah 463 kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air yang tidak berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih setelah pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada 11.10 pagi ketika sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 64.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan, daerah-daerah yang terlibat dengan gangguan bekalan air termasuk Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) and Kuala Langat (20).


Selama 13 tahun Selangor di bawah penguasaan PH, negeri terkaya di Malaysia ini sentiasa dibelenggu dengan gangguan bekalan air yang tidak berjadual akibat pencemaran sumber air. 

Mereka telah menghabiskan RM2 juta untuk membeli 4 buah dron bagi tujuan pemantauan, tetapi pencemaran tetap berlaku dan pengguna terpaksa menanggung akibatnya. Ketika air bersih lebih diperlukan sekarang berbanding hari biasa untuk menjaga kebersihan dan pembersihan bagi membendung koronavirus yang boleh membawa maut, pemotongan bekalan air akibat ketidakcekapan kerajaan PH Selangor telah merencatkan usaha perlindungan ini. 

#cakaptakserupabikin
#KerajaanSelangorGagal
#pakatangagalpakatan

Lau Chin Kok
3 September 2021

No comments:

Post a Comment