AdSense

Saturday, June 26, 2021

Propaganda jual lapangan terbang Subang tak menjadi, Syed Saddiq kantoi tak buat homework dan tak faham benda basic?

Nak kritik orang kenalah buat homework dulu. Kalau yang kritik isu ni bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke atau bekas Menteri Kewayangan Lim Guan Eng atau Ahli Parlimen kawasan Selangor ok lah jugak.

 

Ini Syed Saddiq, bekas Menteri Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen Muar Johor nak bercakap pasal isu lapangan terbang di Subang Selangor? Kelakarlah jadinya!


Benda basic pun tak tahu atau buat-buat tak tahu? Datanglah surat berkepala apa sekali pun, selagi Kabinet tak buat keputusan maka ia kekal sebagai cadangan.


Ini kenyataan penuh Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan menjawab tuduhan yang dilemparkan;


TIADA KEPUTUSAN KABINET BERHUBUNG PENJUALAN LAPANGAN TERBANG SUBANG


Hangat diperkatakan ketika ini kononnya wujud cadangan untuk menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.


Sepertimana Siaran Media Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bertarikh 7 Mei 2021, Kerajaan terbuka dalam menerima cadangan oleh mana-mana pihak bagi tujuan mengembangkan aset baharu atau sedia ada.


Namun, ingin ditegaskan bahawa setakat ini TIDAK ADA SEBARANG KEPUTUSAN dibuat oleh Kabinet untuk meluluskan penjualan mana-mana bahagian LTSAAS kepada sektor swasta, seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.


Hak pengoperasian (sah sehingga tahun 2034) dan Perjanjian Pajakan (sehingga tahun 2067) adalah kekal di bawah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mengendali, mengurus dan menyelenggara termasuk menetap, mengguna dan mengawal LTSAAS. MAHB bertanggungjawab untuk mengembangkan LTSAAS sebagai hab aeroangkasa antarabangsa mengikut keputusan Kabinet pada 2 Mac 2005. Tidak ada keputusan lain yang dibuat untuk mengubah perkara ini.


Kerajaan memahami dan mengulangi pendirian bahawa usaha dan pertimbangan sewajarnya diperlukan sebelum membuat keputusan akhir mengenai aset-aset strategik awam yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, seperti LTSAAS. Justeru itu, pihak-pihak tertentu diminta untuk berhenti daripada menyebarkan maklumat salah mengenai perkara ini yang boleh mengelirukan orang ramai atau berdepan dengan tindakan susulan yang akan diambil. 


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

25 JUN 2021


……….


NO CABINET DECISION MADE ON THE SALE OF SUBANG AIRPORT 


Much has been said and reported in the media regarding a purported proposal to sell Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Airport (LTSAAS) in part or as a whole. 


Per the Ministry's statement on 7 May 2021, the Government does not bar external parties from submitting proposals to redevelop existing projects or develop new assets. 


However, NO DECISION has been made by the Cabinet to approve any proposal to sell any part of LTSAAS to the private sector, as alleged by certain quarters. 


The operating rights as well as rights under the Leased Agreement granted to Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) to operate, manage and maintain including to occupy, use and control LTSAAS remain valid until 2034 and 2067 respectively. MAHB is responsible to develop LTSAAS as an international aerospace hub as per the Cabinet decision of 2 March 2005. No decision has been made to alter this condition. 


The Government understands and reiterates that great care and deliberation are needed before any final decision is made regarding a significant strategic public asset that affects thousands of Malaysians, such as LTSAAS. Parties propagating misinformation and causing public confusion on this matter are urged to refrain from doing so or action will be taken against them.  


MINISTRY OF TRANSPORT

25 JUNE 2021


Sumber:

https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1931804896987005/?d=n


Sidang Media Propaganda Syed Saddiq:

https://fb.watch/6mc4p0hfao/

--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment