AdSense

Friday, May 8, 2020

Cara mudah memohon Bantuan Pemandu Bas Pelancong / Persiaran


Hari ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengumumkan satu inisiatif yang memanfaatkan pemandu-pemandu bas pelancong / persiaran.


https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1586550181512480

Jika anda pemandu bas pelancong / persiaran, bolehlah layari portal yang dibangunkan oleh Kementerian Pengangkutan ini : https://prihatin.mot.gov.my/

Siapakah yang layak memohon?

Syarikat Pelancongan yang memiliki Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan / Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang masih dalam tempoh sah laku dengan Kementerian Pelancongan Malaysia serta mempunyai lesen kenderaan berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) adalah layak untuk mengisi butiran pemandu masing-masing di dalam portal ini.

Butiran yang perlu dimuatnaik di dalam portal ini merangkumi maklumat mykad, maklumat lesen serta akaun bank pemandu. Syarikat akan diberi masa 2 minggu dari 8 Mei 2020 iaitu tarikh pelancaran portal ini untuk mengisi butiran pemandu.

Apa syarat-syaratnya?

• Pemandu adalah warganegara Malaysia.

• Pemandu berstatus lantikan tetap oleh Syarikat Bas Pelancong/Persiaran (mempunyai caruman PERKESO).

• Memiliki Lesen Vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Terima kasih Kerajaan! Terima kasih Kementerian Pengangkutan!

No comments:

Post a Comment