AdSense

Sunday, August 25, 2019

Syed Sadiq menteri PH dilihat cuba kencing budak wechat. Mujur ada Najib.


Syed Saddiq hari ini terus pertahankan pelantikan 13 anggota ARMADA PPBM sebagai pegawai penyelaras sukan negeri di bawah kementerian dia.

"Saya rasa salah faham yang agak jelas dalam bab ini. Pertama sekali dalam kementerian kita ada lebih 4,000 staf dan untuk saya ketahui setiap satu staf punya fahaman politik agak mustahil," katanya hari ini.

Kawan.

Dari 4,000 staf, kamu lantik 13 orang.

13 pegawai dilantik untuk menjaga 13 buah negeri dalam Malaysia kecuali Sarawak. 

Dari 13 jawatan itu, semua adalah ahli ARMADA parti PPBM.

7 Ketua Armada negeri, 2 EXCO Armada dan 4 lagi ahli Armada.

13 daripada 13, semua kena.

Syed Saddiq boleh beri alasan bahawa dia tak tahu fahaman politik ketua-ketua Armada negeri dan EXCO Armada?

Macam ini, penghuni-penghuni gua se-Malaysia pun sukar untuk percaya dan pertahankan.

Sukar untuk mereka keluar gua. 

Itulah. Saya dah nasihat hari itu.

Patut kitar semula sahaja alasan YADIM dahulu.

Jawab sahaja "ini cuma kebetulan. Bukan lantikan politik".

Habis cerita.

Dari FB Datuk Seri Najib Razak
24 Ogos 2019

1 comment:

  1. The government staff is huge, and for me to know that every single one of them has a political understanding is quite impossible.

    ReplyDelete