AdSense

Sunday, July 14, 2019

Bila DS Najib mula buka mulut pasal Nazri Aziz, maka sudah bau 'war is begin'.


Sebelum ni Nazri sudah buat banyak benda yang berlawan arus daripada parti. Baik UMNO mahupun BN.

Hari ini, DS Najib mula mempertahankan diri selepas banyak kali diam bila Nazri attack beliau termasuk UMNO BN.


Maklumat yang Suara Lensa dapat dari lapangan, masyarakat Cina dan India tak suka dengan Nazri ada sebab asasnya.

Walhal mereka boleh saja 'suka' dengan Nazri, lebih-lebih dia 'kamcing' dengan pemimpin DAP khususnya Guan End.

Sama ada selepas PRU14 atau sebelum PRU14, Nazri kerap dilihat membuat sesuatu tindakan yang tidak memberi manfaat kepada UMNO dan BN.

Sampaikan keputusan parti melantik DS Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN pun tidak disenangi Nazri. Kenapa? Sedangkan pelantikan itu bertujuan membantu BN, tambahan pula sentimen rakyat kepada Najib sudah kembali menyokong.

Sokongan ini bukan semata-mata pengaruh 'budak motor' saja tetapi ia datang dengan ikhlas. Rakyat melihat proses perundangan yang dikenakan ke atas Najib.

Mereka lihat bagaimana perbicaraan Najib banyak kali ditangguhkan pendakwaraya sedangkan Najib dan peguamnya mahu mempercepatkan perbicaraan bagi membersihkan namanya.

Baik, berbalik kepada isu Nazri. Kenapa beliau suka menyerang sesama sendiri dalam parti? Adakah Nazri ini 'senjata' yang diletakkan musuh bertujuan melemahkan struktur UMNO BN dari dalam?

Punyalah banyak isu untuk serang Pakatan Harapan seperti janji dicapati, kenaikan kos sara hidup, SST yang membebankan, harga minyak tak turun ke RM1.50, PTPTN, tol, pelabur asing lari, ekonomi lembab, harga komoditi jatuh, hutang negara meningkat, peruntukan rakyat marhaen dipotong, pengangguran tinggi, intergriti serta moral pemimpin PH dan banyak lagi. Kenapa Nazri tak attack PH macam mana Najib dan pemimpin UMNO BN buat?

Atau Nazri punya satu sebab? Seperti pautan dibawah :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/25/dari-fail-sprm-siri-3-nazri-mainkan-peranan-utama-dalam-projek-terowong-bawah-laut-pulau-pinang/

Sebelum mengakhiri artikel ini, Suara Lensa ingin mengingatkan kepada semua pembaca bahawa dokumen yang disiarkan RPK adalah dokumen bocor SPRM dan ianya disahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin di Dewan Rakyat.

Rujuk video :
https://www.facebook.com/wksbmenglish/videos/2308821529442827/

No comments:

Post a Comment