AdSense

Saturday, July 20, 2019

Bangunan Parlimen dulu mulia dan eksklusif, sekarang?


Dah lama nak tulis pasal ni. Tapi sibuk dengan RUU pinda perlembagaan - Pasal Borneo dan Undi 18.

Ok sekarang sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua ditangguhkan pada 18 Julai 2019. Nanti Oktober sambung balik Mesyuarat Ketiga.

Penulis cuma nak bangkitkan satu isu di sini - Suasana di bangunan Parlimen.


Entahlah, selepas PH menang ni, lain macam pula jadinya. Bukan dalam Dewan je sebab ada Jelutong, Kota Melaka dan Rasah... Tapi macam ada sesuatu yang tak kena dengan Bangunan Parlimen selepas PRU14 9 Mei 2018.

Ramai yang tahu bahawa Bangunan Parlimen ini tempat yang mulia. Sepatutnya begitulah. Maksud mulia di sini ialah dipandang tinggi, terhormat dan eksklusif.

Kalau dulu, bukan senang nak masuk ke Bangunan Parlimen ni. Sekarang dah jadi macam shopping complex pula dah. Ntah siapa-siapa datang Parlimen berlegar-legar dengan fail dikepit di ketiak. Kerusi ada kau tak nak duduk. Semak mata doh! Belum kira hiruk pikuk dia lagi. Seriusly, lobi Parlimen dah jadi macam pintu masuk shoping complex tempat remaja melepak dulu-dulu.

Lagi satu, peliklah kat Parlimen sekarang dah ada kedai runcit. Cuma diubah suai sikit. Tak ada juruwang. Akad jual beli guna mesin.

Wah. Bagus. Sudah maju. Pintar sungguh!

Biasanya, wujudnya kedai atau perniagaan adalah mahu mendapatkan untung. Adakah kedai runcit dalam bangunan Parlimen bertujuan mendapatkan pulangan keuntungan atau profit?

Kedai runcit taw, cafe tu lainlah. Tak boleh ke letak je roti ke air tin ke biskut ke gula-gula ke atau apa-apa selain nasi di cafe sedia ada?

Sekarang pertengahan Julai, nanti Oktober baru persidangan disambung. Bangunan Parlimen akan lengang. Macam mana kedai runcit tu nak untung?

Berapakah pula sewanya? Difahamkan ia dimiliki oleh .....

Bila diselidiki, seolah-olah kewujudan kedai runcit ini bukanlah mahu mengaut keuntungan. Tetapi lebih daripada itu.

Bayangkan, kau ada syarikat. Dalam company profile kau dimasukkan rujukan atau perniagaan yang kau ada / jalankan.

Nah! Kau pun nyatakan dalam company profile kau, "MEMILIKI KEDAI DALAM BANGUNAN PARLIMEN DI SEBUAH NEGARA DOT DOT DOT".

Beb, kau ingat senang ke nak ada kedai runcit dalam bangunan Parlimen? Kau pergi luarnegara, kau tengok ada tak kedai runcit dalam bangunan Parlimen dia orang?

Ini bukan soal dengki atau nak cantas ke apa. Cuma hairan, tak pernah-pernah wujud sebelum ni, tiba-tiba wujud. Kalau tak dulu mesti dah lama terpacaknya 8E, LL Mart dan lain-lain.

Lepastu sekarang dah bertambah pulak dah... Satu lagi dibuka pula 'booth' produk sawit. Macam-macam produk diperkenalkan. Air minuman sawit, coklat koko, bla bla bla.

Eh, harga komoditi jatuh teruk, kau sibuk dengan booth dalam bangunan Parlimen? Apa kau tak ada pejabat nak panggil sidang media untuk majlis pelancaran? Kau nak promote kat siapa sebenarnya? Berapa kerat je pengunjung asing melawat Parlimen setiap hari untuk kau promote sawit?

Kalau betul nak buat yang kononnya digelar promosi produk tempatan, pacaklah juga booth untuk jual ikan ke sayur ke durian ke dalam bangunan Parlimen?

Serius doh bangunan Parlimen yang mulia dan eksklusif dulu sekarang dah jadi entahlah... tak tahu nak kata apa.

1 comment:

  1. Dikatakan ramai juga yang "TAK BERGUNA" berada dalam dewan. Kita dengar je!

    ReplyDelete