AdSense

Thursday, July 18, 2019

15 point yang anda perlu tahu tentang perebutan kuasa Mahathir-Anwar-Azmin


Gendang semakin kuat dipalu, pertelingkahan Anwar-Azmin semakin terbuka. Siapa akan menang?



1. Azmin Timbalan Presiden PKR. Tapi dia juga anak angkat kesayangan Mahathir.

2. Mahathir dilihat cenderung menyokong Azmin berbanding Anwar.

3. Anwar sedar apa yang berlaku saat beliau dalam penjara. Dia tahu Azmin melebarkan rangkaian sokongan peribadi.

4. Video semburit dilihat sebagai 'pengisytiharan perang'. Ada yang kata 'perang' Anwar-Azmin. Tapi apa yang jelas, ini 1 peluru untuk menumbangkan 2 musuh.

5. Anwar sedar Mahathir tidak akan mengotakan janji untuk menyerahkan kerusi PM kepadanya. Ini dua orang 'best friend' ma, lama kenal, sudah tahu perangai masing-masing.

6. Bila tersebar video semburit, Mahathir begitu cepat pertahankan Azmin. Ini jauh berbeza ketika kes membabitkan Anwar dulu.

7. Dulu, Mahathir menjadikan isu moral sebagai penyebab utama kenapa Anwar dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri. Walaupun Anwar belum dibuktikan bersalah di mahkamah!

8. Nampak double standard. Anwar kau kritik, Azmin kau bela. Anwar sedang memerhati gelagat Mahathir. Ini mengesahkan bahawa janji peralihan kuasa Mahathir-Anwar hanya omong kosong.

9. Kalau Mahathir betul nak serahkan kerusi PM kepada Anwar, beliau sepatutnya dengan cepat meminta Azmin iaitu Menteri Kabinetnya bercuti bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan telus. Tapi ini tidak berlaku.

10. Sebaliknya pihak polis sibuk mencari dalang yang menyebarkan klip video hanyir semburit. Kenapa tidak fokus pada sang pelaku? Rakyat bingung, seolah-olah pihak berkuasa diperalatkan, sama seperti era pemerintahan PM ke 4, Mahathir.

11. Azmin suruh Anwar lihat cermin. Seolah-olah mahu kata, "ah kau Anwar nak persoal moral aku, kau pun sama". Dalam masa sama, orang kuat Mahathir, Khairudin telah membuat 1 laporan polis mendesak siasat kesahihan atau ketulenan video membabitkan Anwar Ibrahim. Cerita lama diungkit semula.

12. Anwar pastinya sedar, isu lama akan diungkit semula. Beliau mungkin tiada pilihan. Tetapi apa bezanya? Kenapa dulu Mahathir tidak membela Anwar? Kenapa sekarang bersungguh membela Azmin? Maka benarlah Azmin sebenarnya bakal PM 8, bukannya Anwar?

13. Mahathir juga sebenarnya berhati-hati dalam setiap percaturan. Masing-masing (Anwar, Mahathir, Anwar) cuba meneliti strategi dengan baik.

14. Berbalik ke belakang sedikit. Kenapa Anwar tidak mahu sebarang jawatan penting dalam kerajaan Mahathir? Pastinya ia 1 strategi yang baik. Cukup sekadar sebagai Ahli Parlimen Port Dickson - sebelah kaki dah ada di kerusi PM. Masa yang terluang sengaja dibiarkan terluang. Bagi memudahkan pergerakan Anwar, menyusun merangka strategi dan mengadakan pertemuan sulit dengan individu atau kumpulan tertentu.

15. Satu peluru dilepaskan bagi tujuan menumbangkan dua musuh. Adakah ia mengena sasaran? Adakah peluru balas daripada musuh lebih hebat? Bagaimana pula dengan peluru sokongan? DAP pastinya sedang melihat dan mendengar. Tidak mungkin DAP berpeluk tubuh. Mungkin sedang berlaku proses tawar menawar. Sama-sama kita saksikan pertembungan gergasi politik tanahair ini, apakah kesudahannya?

*Kos sara hidup rakyat, ekonomi lembab, ringgit lemah, pengangguran tinggi, harga komoditi jatuh, janji dimungkiri dan semua yang melibatkan rakyat, letak tepi dulu. Perebutan kuasa lebih penting.

No comments:

Post a Comment