Monday, April 22, 2019

Sekali @NajibRazak balas pasal #ECRL , mati kutu puak PH dibuatnya!


Pertama, saya ingin berterima kasih kerana PH sekali lagi membuktikan kos projek asal ECRL bukan RM29 bilion seperti yang difitnah oleh Tony Pua, Sarawak Report dan media antarabangsa yang rapat dengan PH yang tak putus putus tuduh kita sengaja naikkan harga projek ECRL sehingga RM55 bilion.


Saya pernah banyak kali meminta kerajaan PH mendedahkan ini tetapi akhirnya, PH mengaku juga.

Seperti yang diberitahu semalam, kos asal untuk jajaran dari Gombak ke Tumpat adalah RM47 bilion.

Ini belum termasuk lagi kos untuk jajaran dari Gombak ke Port Klang yang menelan kos yang tinggi kerana melalui ibu kota dengan kos tanah yang tinggi.

Jajaran asal juga termasuk bahagian dengan kos paling mahal yang merentasi banjaran Titiwangsa yang kini dihapuskan oleh PH untuk kurangkan kos yang sekurang-kurangnya RM10 bilion. Ekoran itu, ECRL tidak lagi sampai ke Ibu Kota.

Saya minta Rakyat untuk menilai jika keputusan kita untuk mempercepatkan pembinaan ECRL itu adalah tepat atau tidak.

Adakah Rakyat mahu ECRL hanya siap pada tahun 2034 ataupun pada tahun 2022 seperti apa yang diputuskan BN?

Adakah adil untuk negeri-negeri Pantai Timur menunggu hingga 18 tahun lagi untuk menikmati pembangunan dan limpahan ekonomi seumpama ini?

Berapakah jumlah peluang pekerjaan, nilai KDNK dan impak limpahan ekonomi yang akan terlepas dalam tempoh itu?

Ataupun pembangunan di sana perlu dipercepatkan agar matlamat untuk merapatkan perkembangan ekonomi antara pantai timur dan pantai barat boleh dicapai secepat mungkin?

Adakah fasa pertama ECRL hanya untuk tren kargo dari Mentakab ke Dungun dan matlamat untuk mengurangkan masa perjalanan untuk rakyat dari Kuala Lumpur sampai ke Kota Bharu di bawah 4 jam tidak dapat dicapai?

Ataupun matlamat untuk mewujudkan sebuah "land bridge" dengan menghubungkan pelabuhan pantai timur di Kuantan ke pelabuhan pantai barat di Port Klang.yang merupakan satu langkah strategik juga patut diabaikan?

Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan sebelum satu keputusan untuk melabur dibuat - termasuk kos, pulangan, tempoh masa pulangan, kemudahan untuk Rakyat, limpahan ekonomi serta hubungan dan peluang dari perdagangan antarabangsa.

Rakyat boleh menilai jika keputusan kerajaan BN dahulu untuk ECRL adalah betul atau sebaliknya.

Oleh kerana kerajaan PH bersungguh-sungguh “mengaku” lebih telus, saya juga harap mereka boleh menjelaskan kepada rakyat dua soalan ini.

1) Adakah syarikat China yang dianugerahkan projek ECRL itu mendapat pengecualian cukai SST seperti yang diberi oleh kerajaan PH kepada syarikat yang membina landasan berkembar Gemas ke Johor Baharu pada suku ke-4 tahun lepas?

2) Adakah ianya benar bahawa ada perjanjian sampingan (side agreement) dengan syarikat China seperti didakwa dalam dokumen-dokumen dikatakan terbongkar yang telah tular sejak beberapa hari dahulu di mana syarikat China itu juga diberikan tanah yang luasnya beribu-ribu ekar untuk membangunkan projek-projek di sekitar stesen-stesen ECRL?

DARI FB NAJIB RAZAK
22 APRIL 2019

No comments:

Post a Comment