Rakaman video berkenaan adalah rakaman rasmi mahkamah, bukan dirakam secara haram dan prosiding mahkamah sebenarnya adalah terbuka kepada orang awam.
Rakaman itu juga tidak terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan sebenarnya diberi kepada media tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan untuk beberapa negara-negara lain di dunia seperti Canada, India, UK, USA, Australia dan sebagainya juga menyiarkan prosiding mahkamah secara live kerana mereka mengaku bahawa ianya hak orang awam untuk meneliti keputusan dan perjalanan proses perbicaraan mahkamah.
Namun, kita tidak menafikan bahawa kerajaan PH ada kuasa untuk menyiasat dan mendakwa apa dan sesiapa yang mereka suka dan mahu. Dan mereka juga ada kuasa untuk menggugurkan apa jua pendakwaan terhadap sesiapa.
Bagaimanapun, saya harap sebelum kerajaan PH mengenakan apa-apa dakwaan untuk kes terbaru ini, mereka patut terlebih dahulu mengambil tindakan untuk mendakwa kes-kes tersebut yang sudah lama diketahui oleh semua Rakyat:
1. Kes pembantu khas Menteri yang skodeng skirt seorang wanita.
2. Kes-kes anak Menteri dan satu lagi pemimpin kanan parti yang sama yang terlibat dalam kesalahan ganja dan ratusan pil kuda masing-masing.
3. Kes-kes melanggar undang-undang pilihanraya oleh PH termasuk kes calon DAP yang sendiri mengaku telah melanggar undang-undang pilihanraya dengan memakai baju dengan logo parti di tempat mengundi pada hari mengundi.
4. Kes Rafizi Ramli mendedahkan dan menyebar dokumen juga patut didakwa semula selepas digugurkan oleh kerajaan PH kerana dokumen itu benar-benar diletak di bawah OSA.
5. Kes pemilik syarikat konsesi Terowong Pulau Pinang yang mengaku telah membayar RM22 juta untuk menghentikan siasatan SPRM. Penerima sudah dikenakan 71 dakwaan tetapi pemberi langsung tidak didakwa.
Ramai lagi. Tetapi kes-kes di atas mempunyai bukti-bukti kukuh yang lama telah tersebar kepada orang awam termasuk pengakuan diri masing-masing.
Saya bimbang bahawa Rakyat Malaysia mungkin mendapat persepsi yang salah jika kerajaan PH hanya mendakwa seorang yang menularkan klip video mahkamah dengan niat cuma untuk memperbetulkan laporan media yang tidak betul.
Saya bimbang Rakyat Malaysia akan mula membina persepsi yang salah bahawa kes-kes dadah, skodeng, melanggar undang-undang pilihanraya dan sebagainya boleh dianggap tidak cukup berat untuk didakwa atau ‘terlepas’ dari pendakwaan.
Dari FB Najib Razak
No comments:
Post a Comment