AdSense

Monday, August 13, 2018

What's wrong with Malaysia today?

Penggemar drama Korea tengah demam dengan siri 16 episod berjudul 'What's wrong with secretary Kim'.

Kat Malaysia pula, 'What's wrong with Menteri Agama PH'.

Tindakan Menteri Agama PH seolah-olah menyokong usaha Marina Binti Mahathir berhubung 'perjuangan penganut LGBT'.

Adakah Menteri Agama PH terpaksa melutut pada kumpulan Marina disebabkan beliau anak Perdana Menteri? Entahlah...

Penulis ada membawa topik ini ke perbincangan kawan-kawan. Penulis kata, adakah bila negara ditimpa bala baru rakyat nak sedar?

Tapi ada segelintir kawan-kawan yang masih dengan perasaan 'semua salah kerajaan dulu (BN).'

Mereka menyifatkan 'ah dulu negara dilanda tsunami. Sama saja.'

Inilah pemikiran kolot segelintir rakyat. Ibaratnya, kalau dulu BN rasuah maka apa salahnya PH juga rasuah?

Jadi dimana Malaysia Baru? Entahlah...

Sekali lagi, WHAT'S WRONG WITH KERAJAAN PH HARI INI?

Kalian hendak mentadbir negara secara serius atau masih lagi mahu berpesta?

No comments:

Post a Comment