AdSense

Friday, July 20, 2018

Disebalik kisah daging wagyu untuk hidangan pemerintah


16 Julai 2018 merupakan hari pintu Parlimen dibuka untuk Majlis Angkat Sumpah anggota Dewan Rakyat.

Isu perlantikan Speaker Dewan Rakyat cetus kontroversi. Ahli Parlimen Pembangkang sifatkan ia tidak mengikut Peraturan Mesyuarat. Setiausaha Dewan Rakyat dan Perdana Menteri Mahathir Mohamad tetap menjalankan proses perlantikan tersebut. Wajahnya seperti 'ah aku peduli apa'.


Ahli Parlimen Pembangkang keluar dewan. UMNO BN dan PAS. Kecuali KJ.

Dalam pada kekecohan itu, timbul sekeping foto yang tular di media sosial - menu hidangan makan tengahari PM Mahathir, TPM Wan Azizah, Speaker, Timbalan Speaker dan beberapa yang lain - Meja utama.

Daging wagyu cetus kontroversi sekaligus mengundang kemarahan netizen. Kata hutang negara RM1 trilion? Kata mahu menyelamatkan negara? Kata nak menjimatkan kos pentadbiran? Kata mahu menjaga wang rakyat?


Biarpun pihak katerer ada menjelaskan bahawa harga daging wagyu yang mewah itu bukanlah bernilai RM2000 sekilo tetapi RM280. Bukankah ia tetap mahal dan tidak sesuai dihidangkan saat rakyat menderita dengan hutang RM1 trilion? Hingga rakyat bergolok gadai menyumbang ke dalam Tabung Harapan? Budak sekolah pun ada yang menabung.


Sebelum itu, ada pihak yang cuba bermainkan budaya menuding jari. Strategi sama 'semua salah Najib', 'semua salah UMNO BN'. Foto yang tular dituduh 'kerja orang UMNO'. Tidak kurang juga yang kata ia foto palsu dan disunting.

Selain itu, terdapat portal berita yang cuba 'menyelamatkan pemerintah' apabila mendakwa hidangan wagyu tidak ditempah oleh pemerintah.

Sejak insiden tular, kemungkinan selepas ini pihak katerer diarahkan supaya tidak meletakkan paparan menu. Mungkin boleh letak tapi tidak perlu menulis menu yang sebenar. Andai dalam hidangan ada daging wagyu, tulis saja dalam menu tersebut 'ikan masin'.

Memikirkan arahan yang mungkin akan dikeluarkan pihak pemerintah, maka penulis membayangkan SST. Rakyat pasti akan memuji pihak pemerintah apabila mereka tidak mengetahui disebalik sistem cukai SST.

Kalau dulu dalam resit GST akan tertera jumlah yang dicukai. Rakyat begitu marah pada pemerintah ketika itu Barisan Nasional. Kemarahan rakyat sama seperti foto menu hidangan wagyu.

Adakah kita rela dicukai RM16 tanpa sedar berbanding RM6?

Mana satu lebih baik? 'Dirompak' dengan nilai sedikit (kita tahu) atau 'dirompak' dengan nilai tinggi tapi kita tak tahu..

1 comment:

  1. tak perlu lah nak marah2 org melayu mmg layak terima azab ni semua..

    ReplyDelete