AdSense

Tuesday, June 26, 2018

Sayangnya Mahathir pada kroni. Ada video.


Apakah pentadbiran Putrajaya hari ini dibawah Pakatan Harapan benar-benar telus dan berintegriti?

Iyalah, PH dilihat sebagai sebuah parti yang cukup anti pada rasuah, anti surat sokongan, kronisme dan seumpamanya.

Adakah apa yang dilaungkan ketika kempen PRU14 lepas benar-benar dipraktikkan?


Seingat penulis, sejurus selepas menang pilihanraya, pentadbiran PH telah mengarahkan kesemua projek-projek mega pada zaman Barisan Nasional dihentikan / tangguh sementara.

Atas alasan, mahu meneliti / menyemak / mengkaji semula segala urusan termasuk transaksi (peruntukkan / dana), pemberian kontrak dan sebagainya.

Masyarakat lega mendengarnya kerana sebelum ini mereka sudah mempercayai bahawa segala projek mega dalam negara termasuk projek infrarakyat pada zaman pemerintahan BN terlibat dengan salahlaku rasuah / salahguna kuasa.

BILA HARIMAU LAPAR NAMPAK RUSA

Ambil contoh projek infrarakyat keretapi Pantai Timur (ECRL) atas usaha BN. Masa kempen, apa benda yang tidak diperkatakan pemimpin PH terhadap ECRL?

Negara kena gadailah, Najib jual kepada Chinalah, dan macam-macam.

Lepas menang, kos ECRL dikatakan tidak betul. Masa zaman Najib, kos dia RM55 bilion. Tapi lepas menang pilihanraya, PH kata kos dia RM70 bilion!


Lebih menghairankan, bagaimana seorang Perdana Menteri tidak tahu mengenai perkembangan projek mega tersebut?

"Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. Anda harus bertanya kepada Vincent Tan,"


Demikian respon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad ketika disoal tentang projek membabitkan kroninya.

Pemerintahan PH nampaknya lebih teruk daripada BN!

What say you Mr Minister Guan Eng. Tak nak siasat kebarangkalian wujudnya unsur rasuah dan salahguna kuasa berhubung penganugerahan projek besar kepada kroni Mahathir?

No comments:

Post a Comment