AdSense

Wednesday, May 9, 2018

Tuduhan tidak berasas sudah dijangka, saya tidak hairan, itu kempen nak jatuhkan Barisan Nasional - Nancy Shukri.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri sudah menjangka akan menerima pelbagai dakwaan dan tohmahan berhubung isu teksi di negara ini lebih-lebih lagi pada malam ini sebelum rakyat membuat keputusan memilih Kerajaan pada esok hari.

Menurutnya, ini bukan kali pertama beliau berdepan dengan tuduhan sebegini kerana ia adalah kempen berterusan pihak yang mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Dato' Sri Hajah Nancy berkata demikian ketika ditanya media tentang kenyataan Datuk Shamsubahrin Ismail, Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd bahawa beliau dan YAB Perdana Menteri tidak membantu komuniti teksi di negara ini.

Menurutnya, banyak yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional termasuklah memperkenalkan dasar baru menerusi Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.


TITP diperkenalkan bagi menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri ini berasaskan penggunaan teknologi, menggalakkan persaingan dan daya saing, mewujudkan medan persaingan yang adil kepada pemandu teksi, meningkatkan pendapatan serta kebajikan pemandu teksi dan meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu. 

Program TITP bukanlah direka semata-mata melalui imaginasi dari mereka yang hanya duduk di hadapan komputer, tetapi ia telah dirangka oleh SPAD melalui siri konsultasi yang berterusan dengan pemandu teksi serta pihak berkepentingan, melalui kajian yang mendalam serta perbandingan penanda aras dengan industri teksi di seluruh negara.

Melalui TITP, pelbagai bantuan dan bekalan diberikan sebagai platform bagaimana mereka dapat bersama-sama memanfaatkan industri e-hailing.

Sebagai contoh, pemandu teksi mempunyai pilihan dalam menggunakan e-hailing, iaitu mengambil penumpang melalui tempahan atas talian atau menggunakan aplikasi. Selain itu, berbeza dengan pemandu e-hailing, pemandu teksi diberikan kelebihan untuk mendapatkan akses kepada kedua-dua perkhidmatan e-hailing dan street hailing yang tidak dapat dinikmati oleh pemandu e-hailing kerana perkhidmatan mereka hanya terhad kepada mengambil dan menurunkan penumpang di satu-satu tempat yang telah ditetapkan.

Sehubungan ini, Dato' Sri Hajah Nancy mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak mudah terpengaruh dengan taktik kotor untuk menjatuhkan Barisan Nasional dengan dakwaan tidak benar itu.

No comments:

Post a Comment