AdSense

Tuesday, May 8, 2018

Orang mati dan kubur... Apa lagi Mahathir?


Fasa terakhir Mahathir berkempen... Terpaksa menggunakan orang yang sudah meninggal dunia seperti allahyarham Nik Aziz, Fadzil Nor dan Azizan MB Kedah untuk menjayakan task yang diberikan oleh DAP iaitu meraih sokongan pengundi Melayu pada PRU14.


Bahkan melawat kubur juga menjadi tajuk utama lidah rasmi Mahathir selain menyelitkan watak sampingan, anak kepada Nik Aziz iaitu Nik Omar (calon Pakatan Harapan).

Sebelum itu pada Hari Mengundi Awal 5 Mei 2018 Mahathir cuba meraih sokongan pengundi pasukan keselamatan negara berhubung tragedi berdarah Memali. Tanpa sengaja, Mahathir yang berusia 93 tahun itu terlepas cakap apabila mengatakan ahli PAS yang terkorban dalam peristiwa itu sebagai MATI KATAK.

(Sebagai seorang Islam, kita tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata keji sedemikian hanya kerana berbeza pandangan politik. Bukankah setiap muslim itu bersaudara?)

Hari sebelumnya, Mahathir telah menyiarkan surat terbuka kepada ahli UMNO, anggota keselamatan negara dan pegawai tertinggi atau pemerintah tentera - TD, TLDM, TUDM. Menghasut mereka 'menyertai' Pakatan Pro DAP.

Mahathir benar-benar terdesak.

Bos yang menunggangnya iaitu DAP seperti masih belum berpuas hati dengan kelancaran gerak kerja Mahathir bagi memecahbelahkan undi Melayu.

Bahkan tindakan Mahathir sejak kebelakangan ini membuatkan orang Melayu khususnya semakin membenci Pakatan Harapan diketuai DAP.

Belum lagi disentuh tentang ucapan terbarunya yang secara jelas menghina agama Islam apabila memperlekehkan kalimah syahadah. Dakwanya nak masuk Islam tak perlu lagi ucap kalimah syahadah sebaliknya disogok dengan duit.

Semakin dekat hari pembuangan undi 9 Mei ini, masyarakat sudah mampu menilai sendiri permainan politik diktator Mahathir. Cukup kotor, jijik dan hina.

Dalam ceramah pemimpin DAP Nga Kor Ming juga sudah terkantoi apabila beliau menyatakan secara jelas bahawa misi Mahathir adalah menumbangkan kerajaan Melayu, memecahbelahkan Melayu. Lepas misi itu berjaya, Mahathir akan diludah. Sama seperti apa yang menimpa PAS dahulu.

Mahathir dulu tidak sama dengan Mahathir hari ini.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, kita tidak boleh menidakkan jasa yang pernah Mahathir lakukan dahulu. Tapi hari ini Mahathir mahu meruntuhkan sesuatu yang baik demi kepentingan peribadi. Oleh sebab itu sebagai rakyat yang cintakan keamanan, perpaduan dan kesejahteraan negara seharusnya tidak boleh berpeluk tubuh saja. Gerakan Mahathir yang sedang menjalankan misi DAP ini harus ditentang dan ditolak menerusi peti undi yang bakal berlangsung dalam tempoh kurang 48 jam mulai sekarang!

#PRU14 #bersamaBN #BarisanProRakyat #hebatkanNegaraku #TolakPakatan #PakatanProDAP 

2 comments:

  1. madey mempunyai silent haters yg merupakan silent majority.. madey penah tlg kempen utk zul nordin d SA.. n beberapa tmpt lain hasilnya silent haters tlh bertindak

    ReplyDelete
  2. Sesuai sgt la Madey ingat kubur...dah tak lama lagi dah tu...

    ReplyDelete