Pada 28 Mei 2018, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bangga dan lantangnya mengumumkan bahawa projek keretapi laju Malaysia-Singapura (HSR) sah dibatalkan.
Keputusan itu adalah muktamad katanya sambil membayangkan akan dikenakan penalti kira-kira setengah bilion atau RM500 juta. Kata negara banyak hutang tapi bersedia bayar pampasan RM500 juta? Lawak sial apakah ini?
Sebelum itu, ketika ditemubual oleh Finacial Times, Mahathir berkata "Kerajaan perlu mengetepikan beberapa projek yang tidak perlu, misalnya projek HSR yang menyebabkan kerajaan Malaysia berbelanja RM110 bilion, dan tidak akan menguntungkan walau satu sen."
Amboooi garangnya. SATU SEN PUN TAK ADA UNTUNG?!
Lagi kelakar apabila keputusan pembatalan projek HSR ini rupa-rupanya keputusan Mahathir seorang. Kata orang putih, ONE MAN SHOW.
Masyarakat bertambah pening apabila Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa isu pembatalan HSR tersebut belum dibincangkan lagi!!! What the fish!
"Setakat yang saya tahu, kami belum pernah berbincang mengenainya. Saya pasti akan membangkitkannya dalam mesyuarat Kabinet esok (hari ini)."
Penulis merasakan Mahathir terlupa bahawa hari ini adalah tahun 2018. Bukan 80an atau 90an dimana ketika itu era beliau mendapat mandat besar dalam pilihanraya. Mahathir mungkin terlupa bahawa hari ini beliau berada dalam Pakatan Harapan. Parti PKR dan DAP memiliki kerusi terbanyak. Parti beliau (PPBM) hanya memiliki 13 kerusi saja.
Biarpun Mahathir memiliki Majlis Penasihat yang semuanya pro beliau, namun peranan kepimpinan parti-parti DAP, PKR dan Amanah tidak boleh dipinggirkan.
No comments:
Post a Comment