Tengahari tadi SPR baru saja umumkan tarikh-tarikh dan nombor-nombor penting bagi menjalankan PRU14. Tidak lama selepas itu timbul pelbagai kecaman dan kritikan pihak pembangkang.
Ada yang mempersoalkan kenapa tarikh buang undi diadakan pada hari Rabu? Bukan Sabtu atau Ahad? Kononnya susah nak cuti.
Sedangkan secara logiknya apabila SPR umum sesuatu tarikh pilihanraya maka ia automatik akan menjadi cuti peristiwa.
Semua majikan akan mengeluarkan notis cuti peristiwa pada hari tersebut. Pada kebiasaannya mana-mana majikan yang ingkar pasti dikenakan tindakan. Ini kerana hari mengundi adalah wajib disertai selari dengan prinsip demokrasi dalam negara.
Majikan tidak boleh menyekat mana-mana hak rakyat Malaysia yang ingin menunaikan kewajipan untuk membuang undi.
Kalau masih ada yang tidak mahu menerima penjelasan ini, apa kata tanya calon Perdana Menteri Pakatan Harapan iaitu Tun Mahathir Mohamad.
Kenapa pada tahun 1995, pilihanraya diadakan pada hari Selasa?
Sejarah tidak boleh dipadam. Apa sejarah pada tahun 1995 semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri? :
Tarikh Pembubaran Parlimen :
6 April 1995 (Dewan Rakyat dan Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak)
Tarikh Penamaan Calon :
15 April 1995
Tarikh Pilihan Raya Umum :
DEWAN RAKYAT
25 April 1995, Selasa (Semenanjung, W.P KL dan W.P Labuan)
24 April - 25 April 1995, Isnin dan Selasa (Sabah dan Sarawak)
DEWAN UNDANGAN NEGERI
25 April 1995, Selasa (Semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak)
Mudah lupa |
No comments:
Post a Comment