2 Tan Sri tak laku nampaknya panas punggung, tak tidur lena apabila kena attack dengan hujah berfakta.
Ketaksuban mereka kepada pemimpin diktator nampaknya tidak boleh dinafikan. Mereka bagai kembali kepada usia kanak-kanak, merengek-rengek meminta susu selepas sekian lama berlapar. Mereka juga barangkali lupa bahawa sekarang adalah tahun 2018, bukannya tahun 1981 saat Mahathir mula menjadi Perdana Menteri.
Mereka yang dimaksudkan sudah tentulah Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz.
Kelmarin, Suara Lensa ada menyiarkan artikel bertajuk : 5 soalan TSAM kepada Rais Yatim dan Rafidah Aziz, "di mana kalian"
Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2018/03/5-soalan-tsam-kepada-rais-yatim-dan.html
Bagai cacing dalam kepanasan, Rais dan Rafidah menggeletik merayu bantuan.
Belum habis menggeletik, semalam Annuar sekali lagi balun Rais dan Rafidah. Balun bukan sebarang balun, balun bersandarkan kepada fakta dan realiti. Balun yang bukan emosi seperti Rais dan Rafidah.
Berikut merupakan catatan Annuar buat dua sahabatnya, Rais dan Rafidah :
Catatan buat sahabat saya, TAN SRI RAIS YATIM dan TAN SRI RAFIDAH AZIZ
Seperti yang sudah dijangkakan, teguran saya cepat bersahut.
Jadi, siapa yang melenting apabila ditegur?
Tidak terdapat di mana-mana dalam nukilan saya yang merujuk kepada isu tua atau muda.
Saya cukup berhati-hati menegur secara seberapa sopan kerana kedua-duanya, Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz, adalah kekanda yang sangat dekat dengan saya.
Saya mahu terus berwacana dengan mereka selagi ada kejujuran serta kesetiaan tulen kepada parti dan kerajaan.
Malah sebenarnya mereka lebih kanan daripada saya.
Tan Sri Rais sangat beruntung kerana walaupun pernah membakar jambatan tetapi dijemput semula ke dalam Kabinet, dan kini menjadi penasihat kerajaan berstatus tinggi.
Saya meskipun kekal setia kepada parti tidak mempunyai peluang sedemikian, jauh sekali untuk menjadi penasihat kerajaan.
Saya di luar kerajaan.
Sebagai orang dalam kepada kerajaan tentulah Tan Sri Rais tahu kedudukan kerajaan dan apa pula tabii' pembangkang.
Sebenarnya isu boleh atau tidak, tegur-menegur, langsung tidak berbangkit.
Semasa era Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini, saya selesa menegur.
Dalam sesi Parlimen, semua menegur dan begitu juga dalam pelbagai mesyuarat, kita tidak putus-putus menegur.
Tinggal lagi cara dan nawaitu menegur sudah tentu berbeza.
Cara dan nawaitu pembangkang lain, apatah lagi cara dan nawaitu kita pula lain.
Di situlah yang barangkali kekanda saya, Tan Sri Rais dan Tan Sri Rafidah, boleh menoleh ke kiri kanannya dan menyatakan di mana kedudukan dan apa nawaitunya.
Bercakap mengenai Jho Low, saya langsung tidak mengenali manusia bernama demikian, dan tidak pernah bersua wajah dengannya.
Yang pasti saya juga tidak punya sebab untuk membela atau membencinya.
Namun untuk kita terbawa-bawa dengan masaalah dirinya dan cuba mengaitkan segala- galanya dengan institusi kita tanpa mempedulikan fakta sahih dan 'law of the land' adalah tidak bijak.
Sejak awal isu 1MDB, kerajaan tanpa ragu menyerah perkara ini kepada prinsip keluhuran undang- undang.
Menyerah perkara ini untuk dibawa kepada PAC, dan membiarkan ia digodak oleh wakil pembangkang di dalamnya, adalah suatu ketegasan dan keikhlasan Perdana Menteri kita.
Ketika itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw yang juga pemimpin kanan DAP telah menyebut dengan jelas bahawa berdasarkan fakta dan bukti yang diperiksa mereka, tiada sabit sebarang kesalahan terhadap Datuk Seri Najib dalam isu ini selain daripada apa yang dirumus dan dilapor oleh PAC kepada parlimen.
Namun selepas itu, isu ini mula dipolitikkan apabila ada perebutan kuasa dalam UMNO itu sendiri.
Dari situ, bermulalah episod 'sensasi' 1MDB hingga ke hari ini.
Isu Jho Low sememangnya 'juicy' namun jangan kita lupa prinsip undang- undang.
Seseorang akan disabitkan di bumi mana yang dipijak dan undang- undang mana mereka melanggarinya.
Justeru pembelian, pemilikan dan operasi kapal Equinamity adalah 'extra-territorial' kepada kita.
1MDB sendiri menegaskan mereka tidak ada sebarang urusniaga dengan Jho Low.
Biarlah Jho Low menghadapi apa jua pertuduhan (jika ada) di mana- mana pun negara mengikut mana- mana undang- undang sekalipun jika beliau menyalahinya.
Untuk Tan Sri Rais menyatakan kerajaan langsung tidak menyiasat adalah satu telahan yang saya anggap 'out of touch' dengan tugasan kerajaan.
Tan Sri Rafidah pula memberikan reaksinya, 'Jawapan kepada Anwar Musa'.
Selepas membaca berulang-ulang kali, saya mendapati tiada apa perlu saya komen kecuali pembetulan kepada ejaan nama saya.
Saya Annuar bukan Anwar.
Inti pati jawapan Tan Sri Rafidah yang lain itu, saya serah kepada pembaca budiman untuk menilainya.
Kekanda berdua dialu-alukan untuk terus menulis, bernukilan dan menegur asal betul pada cara dan jujur pada nawaitunya.
Saya doakan yang terbaik buat kekanda berdua.
Salam hormat
TSAM
28/03/18.
No comments:
Post a Comment