Kalau ada yang kata kerajaan Malaysia lepas tangan dan mahu melupakan MH370, anda silap.
Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha tanpa jemu dalam mencari pesawat yang membawa 227 penumpang bersama 12 anak kapal itu.
Pada 10 Januari 2018 lagi kerajaan telahpun bekerjasama dengan syarikat eksplorasi Ocean Infinity bagi merungkai misteri dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat malang berkenaan.
Untuk makluman pembaca, terdapat 65 krew Ocean Infinity termasuk 2 orang tentera laut Malaysia.
Kerajaan juga bersedia untuk membayar USD70 juta kepada pasukan tersebut sekiranya MH370 berjaya ditemui. Kalau tak jumpa, tak perlu bayar.
Info terkini, laporan lengkap akan dikeluarkan apabila misi pencarian tersebut selesai dijangka bulan Jun tahun ini.
Sehingga kini, Ocean Infinity sudah melakukan operasi mereka seluas 16,000 km persegi daripada sasaran keseluruhan 25,000 km persegi.
Memetik kenyatan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia sentiasa bersungguh-sungguh dalam usaha mencari MH370 biarpun sudah memasuki tahun keempat hari ini.
Katanya, hari ini adalah hari yang menyedihkan bukan sahaja kepada ahli keluarga mangsa tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia. Justeru itu kita seharusnya terus bersama-sama dalam menghadapi waktu-waktu sukar sebegini.
Sebentar lagi, jam 3 petang hari ini Ketua Penyiasat Datuk Kok Soo Chon akan memberikan laporan semasa berkaitan misi pencarian di TV1. Ia akan disiarkan secara langsung. Orang ramai juga boleh menontonnya di laman web rasmi MH370, www.mh370.gov.my
#PrayForMH370
No comments:
Post a Comment