Bos portal pro pembangkang Malaysiakini iaitu Stevan Gan hari ini secara terbuka menonjolkan diri seperti TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI.
Isunya, mengenai Akta Berita Tidak Benar (berita palsu) yang akan dibentangkan Dewan Rakyat tidak lama lagi. Dijangka dalam minggu ini.
Stevan dan Malaysiakini terkenal dengan penulisan serta penyebaran artikel sensasi - kebanyakkannya hanyalah persepsi, dengar-dengar cakap dan berita putar belit.
Rekod mendapati ramai pemimpin Barisan Nasional dan pemimpin yang tidak berkiblatkan DAP akan menjadi mangsa spin Malaysiakini. Sebab itu ramai yang berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan sekiranya wartawan Malaysiakini hadir membuat liputan.
Kenapa Stevan Gan cuba menentang Akta Berita Tidak Benar ini sedangkan beliau bukanlah seorang Ahli Parlimen? Lihat Gobind Singh, seorang Ahli Parlimen DAP juga begitu menitik beratkan tentang berita palsu apabila membangkitkannya dalam mahkamah semasa prosiding kes membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha DAP Lim Guan Eng berhubung kes banglo bawah harga pasaran.
Beranikah Stevan Gan berdebat dengan peguam Gobind?
Kenapa Stevan Gan seperti takut pada bayang-bayang sendiri? Adakah kerana gusar tidak boleh lagi cari makan dengan cara 'menjual berita tidak benar'?
No comments:
Post a Comment