AdSense
Tuesday, March 27, 2018
5 soalan TSAM kepada Rais Yatim dan Rafidah Aziz, "di mana kalian"
Sejak kebelakangan ini, pemimpin yang naik disebabkan UMNO seperti Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafizah Aziz tiba-tiba saja muncul di hadapan khalayak ramai. Atas alasan kononnya mahu 'selamatkan Malaysia'.
Lantas itu, sahabat mereka sendiri iaitu Tan Sri Annuar Musa merasakan ada yang tidak kena dengan dua orang Tan Sri ini.
Berikut kenyataan Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berhubung tindak tanduk 2 TS :
DALAM diam, tiba- tiba dua sahabat saya, bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim, bersuara mengenai soal semasa negara.
Ia macam suatu kebetulan dan disambut dengan teriakan gembira (euphoria) pada sebelah pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH).
Kedua-duanya pernah menganggotai Majlis Tertinggi UMNO dan kini bersuara kononnya atas nama kebenaran, atas nama keluhuran undang-undang tapi jelas pandangan mereka bukan saja bersifat berat sebelah tetapi berkemungkinan juga dengan perancangan dan niat tertentu.
TS Rafidah, bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian serta bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, kononnya bimbang nasi akan menjadi bubur susulan mengenai pelbagai isu (mengikut dakwaannya), mengaitkan soal amanah, tanggungjawab, perbuatan di luar dugaan, perhatian global, kesan buruk hutang IMDB, rasuah, salah guna kuasa dan salah guna harta negara.
TS Rais yang kini Penasihat Sosiobudaya Kerajaan dan bekas Menteri Undang-Undang dan bekas Menteri Penerangan, pula mendakwa hairan, geram dan marah-marah dengan ketiadaan tindakan kerajaan terhadap kapal mewah Equanimity yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.
Kita tidak dapat mengelak daripada membuat telahan dan pertanyaan.
Apakah TS Rais, 75 tahun dan TS Rafidah, 74, juga turut mengidap sindrom pasca persaraan akibat setelah sekian lama memegang kedudukan penting dalam kerajaan suatu masa dulu dan kini terasa perlu menarik perhatian kepada pendapatnya.
Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah ‘out of touch’ dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.
Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama, yang juga bos saya dulu.
Berkemungkinan juga ia suatu perancangan dan muslihat yang sengaja diatur oleh team media Tun Dr Mahathir (TM ), yang kelihatan bersungguh- sungguh mengatur Media Blitz di dalam dan luar negara menjelang PRU14.
Apa yang diharapkan mereka ialah satu serangan, bidasan terancang dan betul-betul serentak terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membentuk persepsi negatif terhadap Perdana Menteri kita.
Strategi ini sudah lama dapat dibaca dan tidak akan berjaya.
Bukan sahaja motifnya tidak sejujur yang cuba digambarkan, tetapi juga status sudah luput mereka, dan ketiadaan 'locus standi' menjadikan kenyataan mereka sebenarnya kurang wibawa, malah mempunyai 'ulterior motives'.
Apa lagi apabila mereka mempunyai rekod sering membakar jambatan. Sementara nasi bukan sahaja menjadi bubur tapi juga sudah pun basi.
Kepada sahabat seangkatan yang pernah seperjuangan, saya ingin bertanya:
Sebelum ini, ketika ada yang sibuk membela kroni dan keluarga, isteri, suami dan anak sendiri, di mana pendirian kalian?
Sebelum ini, ketika ada yang menjual perjuangan kepada Malaysian Malaysia DAP yg durjana, di mana kalian?
Sebelum ini ketika ada yang sewenang-wenang menuduh orang sebagai perompak dan pencuri tanpa secebis bukti, di mana kalian?
Sebelum ini ketika mahkamah syariah dan islam dipersenda dan hal agama tidak dibela, di mana suara kalian?
Dan kini ketika segala hipokrasi, U- turn, matlamat menghalal cara, di mana kalian?
Orang perjuangan harus istiqamah, berjuang atas prinsip dan bukannya 'personality cult' atau bernostalgia dengan legasi lama, sebaliknya mengutamakan kepentingan ramai, bukan kepentingan individu.
Kita harus beristiqamah bersama perjuangan bukan U- turn berkali-kali sebagai SuperMachiavelli.
Salam hormat
TSAM
27 Mac 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
They are differing from post retirement syndrome. They are lonely and want to be in the limelight again. They assume their voice is still relevant when in fact they are already deadwood.
ReplyDelete