AdSense

Monday, February 26, 2018

Penyebaran berita palsu. Mujur ada media - Presiden MCA


Pada 22 Februari 2018 baru-baru ini parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA telah mengadakan Malam Media MCA 2018 di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Dalam ucapan aluan, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur partinya dengan penglibatan pengamal media dalam memaparkan berita berkaitan MCA.

Bagi Liow yang juga Menteri Pengangkutan Malaysia dan juga Ahli Parlimen Bentong itu, MCA begitu menghargai pengamal media di negara ini malah menyifatkan keakraban itu seperti 'aur dengan tebing'.


"Syabas dan tahniah kepada anda semua pengamal media yang menjalankan tugas dengan baik dalam melaporkan berita. Kewujudan media dalam melaporkan berita juga diharapkan dapat membantu menangani penyebaran berita-berita palsu yang semakin menular zaman ini," katanya.

Penulis yang berpeluang menghadiri #MCAMediaNite2018 pada malam itu amat bersetuju dengan kenyataan Liow.

Benar, mujur ada media di negara ini. Pengamal media yang bertanggungjawab pastinya memaparkan berita-berita yang sahih.


Namun yang demikian, walaupun Malaysiakini dan lain-lain portal pro pembangkang wujud di Malaysia tetapi bagi penulis agensi itu bukanlah media yang boleh dibuat rujukan.

Biarpun setiap jurnalis mereka memiliki 'pas media' atau Kad Perakaun Media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia, namun agenda sebenar mereka lebih kepada 'lidah rasmi' parti pembangkang.

Tidak semua jurnalis mereka penyokong tegar pembangkang. Mereka yang totok pembangkang sebaliknya berselindung di belakang agensi yang kononnya pendokong kebebasan bersuara.

Semua orang tahu siapa Malaysiakini, siapa bos Malaysiakini Stevan Gan, siapa Malaysia Insight, berapa dana mereka, siapa yang beri mereka dana dan apa modus operandi mereka.

Tertulisnya artikel ini bukanlah hendak menghentam mana-mana agensi yang memiliki 'pas media' namun sekadar memberi mesej bahawa negara ini sudah cukup demokrasi. Semua orang bebas bersuara.

Namun janganlah pula ada yang mengambil kesempatan ke atas tolak ansur kerajaan pimpinan Barisan Nasional hari ini.

Seperti kata Liow, kewujudan berita-berita palsu dewasa ini amatlah membimbangkan. Ini kerana ia berupaya merosakkan minda atau pemikiran generasi hari ini dan akan datang.


Penyebaran berita-berita palsu, persepsi dan fitnah ini wajar diperangi habis-habisan. Mudah-mudahan agensi-agensi yang memiliki 'pas media' sedar bahawa pembangunan negara ini memerlukan kalian sebagai pengantara antara kerajaan dengan masyarakat.

Sebarkan berita dan informasi yang bermanfaat untuk masyarakat. Bukannya terpedaya dengan pemimpin atau parti pembangkang yang sedaya upaya mahu menghancurkan apa yang kita nikmati hari ini.

Banyak sekali maklumat dan informasi berkaitan MCA dan kerajaan Barisan Nasional untuk disebarkan berbanding persepsi atau fitnah yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab.


Ingat, sejarah fitnah cincin 24juta dan 40 ribu pengundi Bangladesh semasa kempen PRU13 dulu adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan!

#StrongerTogether


No comments:

Post a Comment