Tension trafik sesak? Sabar, jangan cepat mengeluh. Biasalah, hari perayaan bukannya selalu...
Kita pula bukan sehari dua duduk di Malaysia yang bermasyarakat majmuk ini. Inilah keunikan Malaysia.
Elakkanlah melalui laluan-laluan tumpuan yang sesak. Kita sekarang bukan lagi di zaman dulu - hanya satu jalan penghubung. Di situlah jalan masuk, disitu juga jalan keluar.
Sempena sambutan perayaan Thaipusam hari ini, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudahpun menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter '24 jam', selama tiga hari dua malam bermula semalam Selasa 30 Jan 2018.
Maka itu, gunakanlah pengangkutan awam yang tersedia. Penulis faham, masyarakat negara kita semakin mewah apabila mampu memiliki kenderaan masing-masing.
Namun, pada waktu tertentu, gunakanlah pengangkutan awam. Secara tidak langsung ia dapat mengatasi masalah kesesakan trafik. Ini tidak, sebuah kereta hanya dinaiki seorang pemandu.
Bayangkan kalau 100 orang? 100 buah kenderaan menyendatkan jalanraya! Mana tak sesak!
Klik pautan : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdefbWIoZAFtiQKjxDO-seCFB_K2U4x5qvJRf75VtuV43K2Sg/viewform
No comments:
Post a Comment