Kalau dulu, zaman sebelum merdeka, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu begitu bersatu padu dalam pelbagai perkara.
Ada saja isu yang menyentuh Islam dan bangsa, mereka akan berpadu tenaga mempertahankannya.
Hari ini, bangsa Melayu berpecah belah kerana politik. Parti terkuat UMNO cuba dirobohkan. Hanya kerana nafsu kuasa, harta dan kepentingan peribadi.
Oleh yang demikian, generasi hari ini sewajarnya mencari sejarah negara. Cari, teliti dan cuba belajar daripadanya. Selain 13 Mei 1969, rusuhan Natrah juga harus dijadikan iktibar serta panduan.
Menurut penulis buku 'Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata', Puan Sri Fatini Yaakob, berkata, ramai yang tidak sedar, Rusuhan Natrah itu telah membuka mata orang Melayu untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa.
"Sebelum kisah Natrah ini berlaku, orang Melayu dianggap penjajah sebagai satu bangsa yang bodoh dan malas. Namun, peristiwa yang menimpa Natrah ini merupakan takdir Allah untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu daripada terlalu mengagungkan Barat.
"Inilah takdir Allah yang sangat besar terhadap bangsa Melayu. Sekiranya Allah tidak hantar anak mat saleh (Natrah) itu, orang Melayu akan terus menerus memuja mat saleh, dan kita akan lambat lagi merdeka.
"Jadi apabila Allah hantar Natrah, dengan sendiri orang Melayu baru sedar, bahawa mereka telah menghina maruah dan harga diri mereka sendiri," katanya.
Baca selanjutnya di AgendaDaily
No comments:
Post a Comment