AdSense

Monday, May 15, 2017

PRU14 : MCA akan tanam DAP Gelang Patah


Tiada siapa yang dapat menafikan kegagalan Ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang dalam mentadbir kawasan yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Beliau yang juga dikenali sebagai pemimpin diktator DAP selama 51 tahun dikatakan sering hilang daripada kawasannya. Ada yang mengatakan beliau sedang berseronok di negeri pemerintahan anaknya Lim Guan Eng di Pulau Pinang.


Bagi pemimpin Barisan Nasional (BN), sebagai wakil rakyat, Kit Siang seharusnya sentiasa berdamping dengan rakyat. Bukan hanya dekat dengan rakyat pada musim pilihanraya bagi meraih undi. Sudah dapat undi, tidak melaksanakan amanah dengan baik.


Oleh yang demikian, hasil kesepakatan, parti komponen BN negeri Johor bersetuju untuk meletakkan calon MCA untuk bertanding di kawasan Gelang Patah pada PRU14 akan datang.

Sedia maklum pada PRU13 yang lalu, UMNO diletakkan sebagai calon di kawasan Gelang Patah. Bagaimanapun calon BN ketika itu bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman tewas pada Kit Siang dengan majoriti 14,762 undi.

Sementara MCA pula sudahpun bersedia dengan pelbagai gerak kerja bagi menjayakan misi merampas semula kerusi Gelang Patah daripada tangan DAP. Kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, MCA berasa yakin dapat menawan kerusi panas tersebut. Bahkan barisan jentera parti juga sedang bekerja keras.

Untuk makluman, Wee Ka Siong sudah diberi taklimat sebanyak tiga kali oleh MCA bahagian berhubung persediaan jentera. Ianya berjalan lancar dan mengikut perancangan.

Inilah bezanya cara BN dengan Pakatan Harapan. Walaupun memiliki 13 parti komponen tetapi BN sentiasa konsensus dan mencari persefahaman dalam apa jua perkara. Setiap parti komponen tidak mementingkan diri sebaliknya mengutamakan payung BN itu sendiri. Paling penting, BN dapat merampas semula setiap kerusi yang mereka kalah pada PRU13 lepas.

No comments:

Post a Comment