AdSense

Wednesday, April 26, 2017

Kata-kata pengasas DAP : Malapetaka buat PH


Dr Chen Man Hin - satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat fanatik parti DAP. Hebatnya beliau ialah apabila dapat mengingati apa yang berlaku pada zaman bayinya.


Memetik laporan khas lidah rasmi DAP, RoketKini pada bulan Ogos 2016 (disiar semula pada Januari 2017), Chen lahir di tanah besar China pada tahun 1924. Beliau meninggalkan tanah induk itu sebagai seorang bayi yang berusia setahun menuju ke Malaya.

"Perkara pertama yang diingatnya tentang Malaya ialah ketika beliau masih bayi dan merangkak di lantai rumahnya di Hulu Langat, Selangor."


Hebat sungguh memori lelaki ini yang juga merupakan pengasas DAP di Malaysia. Sedia maklum DAP adalah parti serpihan PAP di Singapura. Bahkan Chen juga begitu taksub dan menyanjung tinggi penguasa Singapura pada zamannya - Lee Kuan Yew.

Generasi hari ini mungkin tidak tahu asal usul DAP. Hari ini Chen sendiri mengakui bahawa DAP adalah 'adik' kepada PAP. Era transisi PAP menjadi DAP adalah pergerakan yang berombak dari Seremban, ke Kuala Lumpur, Ipoh dan kemudian ke Johor Bahru. Ia digerakkan oleh kepimpinan PAP yang sedia ada di Malaysia pada 1965.

Di Malaysia, pemerintahan negara adalah dibawah pentadbiran Mahathir Mohamad yang kini pemilik kepada parti Bunga - PPBM. Ada yang kata ia hanyalah satu parti untuk mengejar cita-cita Boboi (anak Mahathir) menjadi Perdana Menteri. Ada juga yang kata ia parti manusia kecewa dan gila jawatan.

Sedia maklum majoriti pemimpin DAP dan pembangkang yang lain pernah merasai peristiwa hitam semasa Mahathir berkuasa. Ops Lalang, ISA antara kenapa mereka begitu berdendam dengan Mahathir.

Biarpun Mahathir dan pemimpin DAP sudah 'berpelukan' namun ia bukan bermakna dendam lampau berlalu begitu sahaja. Tiada istilah 'hapus dosa'. Chen tanpa berselindung mengingatkan bahawa Mahathir bukanlah kawan yang boleh dipercayai.

“Kita berkawan, tetapi kawan yang berjaga-jaga. Kita mungkin bukan kawan untuk selama-lamanya. Ia boleh berubah mengikut masa.”

Menyentuh tentang karier politik Chen, beliau pada awalnya mendapat sokongan padu daripada pengundi. Walaupun mengasaskan DAP namun beliau pernah kalah kepada mantan Presiden MCA Lee San Choon dalam misi mempertahankan kerusi Parlimen Seremban pada PRU tahun 1982 (22 April 1982).

Sebenarnya sebelum itu Lim Kit Siang mencabar Lee San Choon untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina. Bila cabaran disambut, Kit Siang lari ke kawasan lain dan meletakkan Chen sebagai ganti.

Sejarah ini membuktikan bahawa pengasas DAP sendiri pernah ditolak pengundi. Manakala pemimpin diktator DAP selama 51 tahun (Lim Kit Siang) masih dengan sikap yang sama - rasis dan cukup gemar lari kawasan.

Melihat pada senario hari ini, kawasan Seremban kembali ke tangan DAP - Anthony Loke Siew Fook apabila memperoleh kemenangan pada PRU13. Namun apakah jasa dan peranan Anthony Loke kepada masyarakat yang memberikannya undi?


Menurut sumber, masyarakat di sana sudah tidak lagi yakin terhadap ahli parlimen mereka. Tidak turun padang dan kerap hilang daripada kawasan antara faktor utama penolakan ini, selain kebencian ahli DAP sendiri yang semakin jemu dengan pemerintahan diktator dalam parti.

Pengalaman penulis ketika membuat liputan setiap konvensyen atau majlis anjuran DAP, penulis mendapati Anthony Loke cukup akrab dengan keluarga Lim (Kit Siang dan Guan Eng). Maka tidak hairanlah Anthony Loke mendapat jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti itu.

Biarpun memiliki 'kabel besar' tetapi ia bukan bermakna Anthony seorang pemimpin yang boleh berkhidmat kepada rakyat dengan baik. Ada jawatan dalam parti tetapi gagal membela nasib pengundinya sendiri.

Barangkali Anthony Loke tidak biasa turun ke padang berjumpa rakyat sehingga terlupa dirinya seorang wakil rakyat. Jika tidak bagaimana masalah kecil seperti perparitan pun masih membelengu masyarakat di kawasannya?

Dalam masa sama masyarakat di kawasan P128 itu juga sudah membayangkan wakil rakyatnya akan pergi meninggalkan Seremban pada PRU14 akan datang. Ia bersandarkan kepada perangai berubah angin pemimpin DAP termasuk Anthony Loke yang sebelum ini berada di Parlimen Rasah.

Sikap pemimpin DAP yang gemar mempermainkan hati pengundi mereka semakin dibenci. Sudah diberi mandat dalam pilihan raya namun gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Sebaliknya mereka (pemimpin DAP) seronok menduduki kerusi tahta pemerintahan.

Oleh yang demikian, masyarakat di Seremban (khususnya) dan rakyat Malaysia (amnya) perlu membuka mata berhubung permainan pemimpin DAP ini. Mereka hanya mahukan kuasa dan tidak berminat membela nasib rakyat. Sikap ini berbeza dengan pemimpin dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahulukan rakyat.


Jika di Seremban, Ketua MCA negeri itu, Siow Koi Voon sentiasa mengarahkan pimpinan akar umbinya turun ke padang mendekati rakyat. Bahkan beliau sendiri kerap dilihat bersama-sama turun padang menyelesaikan permasalahan rakyat tanpa mengira warna kulit.

Terbaharu, 3 April 2017, Koi Voon dilihat bersama-sama melancarkan Fire Post dan Skuad Bomba Media Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan. Pada ketika ini, kemudahan (fire post) begitu diperlukan di Seremban bagi manfaat orang ramai.

Pemimpin sebeginilah yang sesuai di Seremban. Pemimpin yang sentiasa memikirkan nasib rakyat. Tambahan pula ia lahir daripada sebuah parti MCA yang semakin teguh di bawah pentadbiran Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Satu parti yang mantap di bawah payung Barisan Nasional. Bukan seperti DAP yang dikuasai oleh dinasti Lim diktator.

Rujukan :

https://www.roketkini.com/2017/01/28/chen-man-hin-pengasas-perjuangan-bangsa-malaysia/
http://img.mca.org.my/MCA/article/507ae060-0721-4e58-8048-8e42598a117d.pdf
https://dapmalaysia.org/parti/pimpinan/jawatankuasa-tertinggi-pusat/
http://journalarticle.ukm.my/366/1/1.pdf
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/fire-post-bantu-bomba-bertindak-cepat-1.653452

No comments:

Post a Comment