AdSense

Tuesday, May 17, 2016

Syabas SPRM cepat bertindak #WowSPRMPantas


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan Perbadanan Putrajaya selepas disyaki meminta dan menerima suapan hampir RM13,000 daripada sebuah syarikat kontraktor malam tadi.


Pengarah SPRM Selangor, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata suspek berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam di sebuah restoran di Putrajaya.

"Suspek ditahan kerana terbabit dengan rasuah bagi meluluskan sebut harga sebuah syarikat kontraktor," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Norazlan berkata, kes rasuah membabitkan perolehan perlu dicegah kerana boleh mewujudkan ruang dan peluang permintaan rasuah oleh orang yang mempunyai kuasa. - Berita Harian

*Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment