AdSense

Tuesday, May 10, 2016

Hairan, macam mana burger McDonald's boleh ada babi?


Seharian penulis memikirkan bagaimana boleh timbul isu 'burger babi' di restoran McDonald's seperti yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

"Pekerja McDonald's beritahu suami saya bahawa JAKIM telah mengharamkan Quarter Pounder kerana mengandungi 60% daging lembu dan 40% lagi khinzir (babi)."

Demikian antara teks berbahasa Inggeris yang mula tersebar dalam aplikasi Whatsapp.

Penulis bertambah hairan bagaimana orang yang menyebarkan fitnah tersebut mengatakan bahawa restoran McDonald's Malaysia menggunakan daging sejuk beku yang diimport daripada Amerika Syarikat?


Terdapat dua fitnah yang timbul di sini. Pertama mengenai kandungan babi dan kedua penggunaan daging import dari Amerika Syarikat.


Pembaca yang sering mengikuti tulisan blog ini pastinya sedia maklum bahawa penulis sendiri telahpun mengunjungi kilang pemprosesan bahan mentah yang digunakan oleh setiap hidangan di restoran McDonald's Malaysia sebelum ini.

Rasanya tak perlu penulis ulas semula, boleh rujuk pautan di bawah :

Bahan mentah McDonald's Malaysia diproses ikut hukum syarak

Info yang perlu anda tahu tentang kilang pembekal McDonald's - Dindings Poultry Processing

Cara pemprosesan ayam McDonald's

Berhubung fitnah burger Quarter Pounder, pihak Pengurusan McDonald's Malaysia telahpun mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan palsu tersebut.

"Kami ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan menegaskan bahawa dakwaan itu adalah palsu dan tidak berasas.

"Quarter Pounder with Cheese' merupakan salah satu produk yang kini dihentikan penjualannya secara berperingkat di restoren-restoren kami di seluruh negara, dalam usaha untuk menyelaraskan rangkaian menu kami bagi membolehkan pengenalan produk-produk baharu di masa hadapan.

KAMI INGIN MEMBERI JAMINAN KEPADA PARA PELANGGAN BAHAWA KESEMUA PRODUK KAMI DIJAMIN 100% HALAL OLEH JAKIM ATAU BADAN-BADAN PENSIJILAN HALAL YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM.

McDonald's Malaysia juga menjelaskan bahawa daging lembu yang digunakan di restoran mereka diperolehi dari pusat-pusat penyembelihan di Australia, New Zealand dan Brazil. Malah ia juga diluluskan oleh JAKIM dan Jabatan Veterinar Malaysia.


Benar apa yang dinyatakan oleh pihak Pengurusan McDonald's itu. JAKIM, veterinar dan badan-badan seperti Jabatan Agama Islam Negeri merupakan pihak yang paling peka berhubung soal pemakanan. Semasa mengunjungi kilang pemprosesan bahan mentah McDonald's sebelum ini, penulis dimaklumkan bahawa pihak JAKIM terutamanya begitu tegas dan proaktif dalam memastikan tahap halalan toyibban sesuatu makanan yang diproses.

Maka itu tidak hairanlah pegawai JAKIM pernah tercegat di pintu masuk kilang seawal jam 5 pagi semata-mata mahu membuat pemeriksaan mengejut! Membuktikan bahawa tugas memelihara ummah adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi sama sekali!

Kalau betullah seperti yang didakwa, sudah lama JAKIM buat kenyataan rasmi tentang kewujudan babi dalam burger Quarter Pounder...


Sehubungan itu, diharapkan pembaca dan orang ramai lebih berhati-hati ketika menerima sebarang penyebaran di laman sosial termasuk aplikasi 'online' seperti Whatsapp. Sebarang penyebaran fitnah merupakan kegiatan yang salah di sisi agama dan undang-undang. Berhubung perkara ini juga, pihak McDonald's Malaysia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah terhadap produk mereka.

Jadi, jangan cepat terpedaya dengan berita yang sampai, semaklah dahulu kesahihan berita tersebut. Dikhuatiri seumur hidup dibebani dengan dosa fitnah.

3 comments:

  1. Yg bt fitnah mmng x tkut mati

    ReplyDelete
  2. Apapun fast food selamanya adalah makanan yg tidak berkhasiat.

    ReplyDelete
  3. Admin,sebagai blogger jgn sesekali kamu dipergunakan utk propaganda pemasaran BG makanan yg tk berkhasiat walaupun pihak yg berkenaan sedaya upaya membuktikan makanan mereka elok dan baik.

    ReplyDelete