AdSense

Sunday, April 24, 2016

#JanjiDiTepati : Laluan sambungan LRT Kelana Jaya mula beroperasi 30 Jun ini


“Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem pengangkutan awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.”

Itu ungkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat yang lalu.


Membuktikan kerajaan benar-benar komited membangunkan infrastruktur sedia ada seterusnya memenuhi permintaan rakyat yang semakin bertambah populasinya.

Ia bukan sekadar cakap kosong tetapi benar-benar direalisasikan menerusi perlaksanaanya.


Menyentuh tentang pembangunan sistem pengangkutan awam, sedia maklum ketika ini pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telahpun dan sedang mempergiat usaha-usaha sebagaimana yang dihasratkan kerajaan.

Projek sambungan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang misalnya dilihat berupaya menarik lebih ramai pengguna menjadikan ia sebagai mod pengangkutan awam dengan peningkatan sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030.

Projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya - Putra Heights dengan jarak 17.4KM yang dikendalikan oleh syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) itu merupakan salah satu transformasi besar bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia.


Sebelum ini media melaporkan laluan yang menghubungkan 13 stesen baru itu akan beroperasi sepenuhnya sekitar bulan Jun 2016. Ya, ramalan itu adalah tepat sepertimana yang terkandung di dalam kertas projek apabila SPAD baru-baru ini memberitahu, laluan sambungan LRT Kelana Jaya tersebut akan mula beroperasi sepenuhnya pada 30 Jun ini.

Sementara projek sambungan LRT Laluan Ampang yang meliputi jarak 18.1KM sudahpun beroperasi pada Mac 2016 lalu.


Nah! Sekali lagi rakyat dapat menikmati janji-janji yang pernah dihidangkan kepada mereka sebelum ini. Inilah maksud sebenar menepati janji! Bukannya janji kosong sekadar meraih sokongan semata-mata.

Syabas dan tahniah buat seluruh agensi-agensi yang terlibat seperti SPAD, Prasarana dan sudah tentu kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Najib yang begitu bersungguh-sungguh membangunkan perkhidmatan pengangkutan awam negara menjadi lebih baik.

#JanjiDiTepati

No comments:

Post a Comment