Bila diperhatikan, majoriti francaisi McDonald's Malaysia adalah dikalangan rakyat tempatan. Mereka ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuklah usahawan Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pendek kata, perniagaan dalam McDonald's Malaysia ini dikendalikan oleh komuniti majmuk.
Sebelum melangkah jauh, pembaca digalakkan untuk membaca artikel yang pernah disiarkan dalam Suara Lensa sebelum ini di sini.
Penulisan yang lepas penulis ada menyebut tentang bagaimana usaha memboikot McDonald's ini dilancarkan. Sedia maklum, usaha memboikot ini dilancarkan apabila tercetusnya peperangan yang berlaku di bumi Palestin. Peperangan yang dilakukan oleh tentera zionis Israel. Sekalipun konflik peperangan di sana sudahpun bermula seawal tahun 1948 lagi.
Sedarkah anda bahawa terdapat beberapa organisasi yang lantang memboikot McDonald's secara konsisten? Mungkin ramai dikalangan kita yang mengikuti rapat perkembangan yang berlaku di bumi Palestin. Organisasi ini juga merupakan antara pihak yang sering menyiarkan berita-berita daripada Palestin dan bergiat aktif dalam mengumpul dana untuk rakyat Palestin. Disamping itu, badan ini juga begitu aktif dalam kerja-kerja sukarelawan.
Organisasi yang lantang memboikot ini mungkin tidak memahami dengan jelas mengenai kedudukan McDonald's Malaysia yang sebenarnya. Apatah lagi ramai dikalangan mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan fahaman atau mazhab.
Ada dikalangan mereka ini menduduki kerusi penting di dalam badan-badan bebas termasuk NGO yang dianggotai oleh pejuang LGBT dan seumpamanya.
Selain itu, organisasi yang sering menyerang McDonald's ini pernah juga menyerang badan-badan Islam yang lain, hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan beberapa perkara. Kita perlu sedar bahawa Islam sememangnya berpecah kepada 73 kabilah. Bukan sahaja dikalangan individu bahkan NGO Islam turut tidak terkecuali dengan perpecahan ini.
Di luar negara, ada satu organisasi yang mula ditubuhkan pada 9 Julai 2005. Badan ini mula popular dengan aktiviti memboikot produk buatan Israel.
Usaha badan ini pada dasarnya merupakan satu tindakan yang murni. Namun mungkin akibat terlalu taksub mencari produk-produk Israel, mereka secara tidak sengaja terlepas pandang pada fakta-fakta di dalam organisasi yang dikritiknya termasuk McDonald's. Hakikatnya, organisasi tersebut hanya memboikot produk-produk daripada Israel sahaja. Erti kata lain, ia tidak melibatkan perniagaan masyarakat Islam seluruh dunia seperti McDonald's.!
Bagaimana mahu mengaitkan perniagaan McDonals's Malaysia dengan rangkaian zionis Israel sedangkan tuduhan itu sudahpun dijelaskan dalam artikel pertama sepertimana pautan di atas.
Usaha memboikot McDonald's ini sebenarnya merupakan idea asal daripada satu badan terkenal yang berpengkalan di Iran. Tahukah anda, organisasi ini sebenarnya dikepalai oleh pimpinan berfahaman Syiah!
Sedia maklum, Syiah tidak pernah senang dengan kesenangan orang Islam apatah lagi mereka yang tidak sehaluan dengan mereka. Kekejaman mereka bukan sahaja sanggup berbunuhan sesama Islam tetapi mereka juga hebat dalam siri-siri serangan melumpuhkan ekonomi orang Islam (yang tidak sehaluan dengan fahaman mereka).
Seperti kata penulis di atas, majoriti francaisi dan kakitangan McDonald's Malaysia terdiri dikalangan orang Islam dan Melayu. Usah terpedaya dengan hasutan untuk memboikot perniagaan mereka apatah lagi anda sudah mengenali siapa dalang disebalik kegiatan kotor tersebut!
McDonald's menjalankan operasi mereka di 120 buah negara seluruh dunia, termasuk negara-negara Islam. |
#TerimaFaktaTolakFitnah
No comments:
Post a Comment